Friday, December 23, 2016

Sterotype Punca Menyampah

Assalamu ‘alaikum..

Semakin kita tua, kita didedahkan dengan pelbagai perkara yang asas dan tunjangnya perlulah based on agama. Sterotype (berulang-ulang) adalah perkara yang berlaku dalam dakwah sekarang dan pastinya ada pros and cons. As a muslim, agama is asas untuk kita memahami segala yang terbaik untuk hidup dan dengan asas ini juga sesuatu perkara dikembangkan. Namun, dalam berasaskan agama kekadang wujud perkara yang sterotype sampai orang atau diri sendiri jadi menyampah. biasa alami tak? biasa terjadi bila orang itu suntuk fikiran (baca : jahil) dan cuba try test acah-acah 'alim.

Sudah tentu tiada kompromi dalam asas-asas mahupun hal-hal berkaitan agama, tapi dari sudut pendekatan atau metode yang digunakan biasanya agak susah untuk memuaskan hati semua pihak. Sebab itulah, setiap apa yang kita cuba lakukan dan eksperimen perlu bersesuaian dengan target dan diri kita. Contoh, saya menulis posting terbaru dalam blog ni la.. memang nak tergelak la kalau baca apa yang kita tulis, dengan gaya bahasa dan perkara yang dibincangkan.. tapi atas faktor usia, pembaca baru dan target yang baru, maka mengalih cara menulis posting adalah terbaik walaupun beberapa perkara masih sterotype.. ^^

Yes, sterotype boleh jadi satu identiti seseorang contohnya cara gelak, penulisan santai, smiley dll. Biasanya tiada masalah sangat dengan perkara-perkara begini. Sterotype yang saya cuba sampaikan disini adalah sterotype dalam dakwah yang membawa kepada rasa menyampah. Antara sebabnya adalah sterotype dakwah itu terlalu cliche, serkap jarang (tuduh sebarangan), setengah tiang (gila-gila), mengadu domba, ayat nak bombastik sahaja dll.

Antara perkara baru yang senang nak naikkan nama dan penulisan itu dibaca sampai habis sekarang adalah dengan kita buat gimik mengkritik individu. macam goreng pisang panas wooo.. lebih parah lagi, ulama' yang dikritik dan yang menulis atau yang mengkritik adalah Ustaz PhD. siapa la tu ye? ^^ jangan maraaaa aaaa..

Perkara sterotype-nya adalah apabila perangai mengkritik ataupun perangai-perangai lain dalam penulisan itu diluahkan 'sokmo', sampai menjadi perkara yang cliche. omg! 

 
DZN


Antara input daripada penulisan Dr. Muhammad Atiullah yang boleh disimpulkan,

Kita semua as a muslim faham, sekarang dunia ini dikenali sebagai dunia fitnah/ zaman fitnah. Mungkin perkara yang kita anggap sterotype adalah boring, tetapi pada sudut lain ia mungkin perkara peringatan yang perlu kita bimbangkan. Dakwah seharusnya disampaikan samada disukai, dibenci, segar atau bosan, namun ia bukanlah alasan untuk kita jadi cliche. Fokuslah pada perkara utama dalam dakwah iaitu contain, sesuaikan dengan keadaan semasa dan kajilah dengan sebaiknya. Kemudian barulah fikirkan metode n skills supaya penyampaian tidak sterotype dan seterusnya membawa kepada Dakwah Cliche.

Itu sahaja, sebenarnya penulisan ini hanya untuk golongan yang berfikir secara simplistik yang menjayakan fitnah yang kian tersebar. Tetapi telah diubah sedikit untuk manfaat dakwah bersama.

Pesanan : Doa untuk saudara yang ditindas adalah perkara yang disusuli dengan tindakan dan usaha, berlumba-lumbalah kita dalam melakukan kebaikan.

#Menerang_Bukan_Memerang
#Nasihat_Untuk_Diri_Sendiri
#Yakin_Dengan_Ketegasan_Berdekad_Ini


No comments:

Post a Comment