Tuesday, April 29, 2014

TAKUT HATI MATI


Assalamu ‘alaikum ^^
USMB Batch 2010, pengalaman dalam kenangan ^^
Sejak aku menjalani hidup sebagai student di mesir, kerenah arab selalu menjadi hot topic bila borak. Takde disiplin, gurau+bodo, kotor, busuk, ikhtilat, mulut lepas, menipu, sambil lewa and bla bla bla..

Sedar atau tidak, sikap dan perangai nie semua ‘ada’ pada segelintir masyarakat melayu yang ada kat mesir nie. “ala, biasa la tu. Sini la tempat nak berubah, so terima la orang-orang macam nie bro!”, kata seseorang. Tanpa menafikan kata-kata dia, aku mengharap ‘kita’lah yang membantu mereka mereka nie untuk berubah. 

Sambil-sambil tu, ubah la diri sendiri ye. Nobody's perfect!

Bila kita cakap, arab takde disiplin. Janganlah kita tiru perangai arab tu, nanti kita pulak orang kata ‘cakap tak serupa bikin’. Begitulah kalau kita bercakap atau dengar tentang keburukan-keburukan daripada orang lain. Cara nie dapat tolong kita kenali diri sendiri dan jadikan diri kita sebagai sahabat yang memahami orang lain.
First thing yang aku beli di Mesir (Al-Quran n Sunnah as a strength)

Kenapa aku bawa topic nie kali ini?

Straight to da point! Kita dai’e, terima je la kalau sunnah menetapkan kita akan+akan+akan diuji. Kalau tak diuji oleh orang lain pun, kita akan diuji dengan diri sendiri. Nafsu nak makan banyak, tidur banyak, cakap banyak , buat kerja takde matlamat dan lain-lain. Sememangnya, kebanyakan masalah yang telah berlaku dan akan berlaku berpunca daripada lagha dan leka seorang individu muslim.

Serentak aku bermuhasabah dengan pembaca, aku harapkan diri sendiri dan sahabat-sahabat dapat menjadi muslim yang banyak mendengar dan pro+aktif. Natijahnya, kita menjadi seorang yang lebih memahami orang lain dan bertindak dengan al-hikmah.

Bercintalah dengan Allah SWT dengan sebenar-benar cinta. Zahirkan cinta kita dengan ikuti sunnah Rasulullah, buang sifat-sifat terkeji : mengeji, iri hati, mengumpat dan isi hati diri kita dengan sifat-sifat terpuji : bersyukur, tabayyun, berterima kasih dll.

Artikel umum ini dibuat dengan sesangat umum, supaya muhasabah berlaku untuk dua pihak iaitu as the writer me n uolls my akhi n ukhti ^^

No comments:

Post a Comment