Sunday, March 30, 2014

Terima atau Tidak Menerima


Assalamu'alaikum ^^

Antara sikap manusia adalah akan menerima atau menolak sesuatu perkara, hujah, objek dan sebagainya. Hal ini kerana akal yang ada digunakan untuk memilih. Pilihan hanya ada dua, samada menerima atau menolak.

Apakah ada pilihan lain selain menerima dan menolak? Jawapannya ialah TIADA. Sekiranya kita tiada jawapan antara dua itu, maka kita masih dalam kategori ‘memilih’. Memilih itu adalah sesuatu yang baik, tapi jangan sampai kita cerewet dan terlalu membebankan diri sendiri.

Dalam membuat pemilihan, ‘akal yang sihat’ akan mengikut acuan dan panduan Islam. Berbeza dengan mereka yang hanya menggunakan ‘akal’ semata-mata, mereka akan mengikut panduan sendiri atau menceduk daripada mana-mana pandangan.

Jernihnya sebuah keputusan itu dapat kita lihat, apabila iman kita meningkat dan amal kita berkat. Berkat dengan makna kita mendapat kebaikan dari hasil sebuah amalan. So, pilihlah keputusan yang baik iaitu mengikut panduan Islam. Antara dua, samada Terima atau Tidak Terima.

teruskan pejuangan kalian bro ^^

Senyum Sokmo ^^

No comments:

Post a Comment