Friday, November 15, 2013

Jaga Semangat Kita!


Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim

Oh!
Aku ‘terasa’ kerana runsing,
Sekarang ramai yang kecundang,
Bukan sebab lain tapi iman sendiri yang tergoncang,
Itulah, orang baik tapi salah merancang,
Biasanya akan kalah dengan kezaliman yang mengekang,

Baik-baik pandangan mata,
Baik lagi nilaian hati,
Pandai-pandai nilaian kita,
Pandai lagi Pengutus Nabi. Allah SWT!
 
Maqam Siapakah Ini?
Sebenarnya, apabila semangat mengatasi ilmu maka segalanya akan menjadi celaru. Tengok saja pada dunia, kita lihat Islam maju tanpa orangnya. Ye, quote “Di Eropah, aku melihat Islam tanpa Muslimnya tapi bila kembali ke Mesir aku melihat ramainya Muslim tapi Islamnya tiada” telah diungkapkan sejak sekian lama. Quote ini releven sekali! Dan ini masih, masih dan masih lagi berlaku.

Dimana orang Islam dan Dimana Islam? Bagaimana mungkin kamu digelar sebagai Muslim a.k.a orang Islam sedangkan kamu tidak mengamalkan Islam?

Islam mengajar kita untuk terus bersama bersatu dalam dasarnya. Aqidahnya mesti bersih, syariahnya mesti patuh, hatinya mesti subur. Bersih dari ideology Syirik, Patuh dalam Undang-undang Allah Taala dan Subur dengan Cinta Allah.

Islam mengajar kita bersama bersatu dalam ukhuwah yang suci. Suci dari penyakit hati dan ummat. Apabila ukhuwah dikotori tamak, dengki, mengata, mengeji dan sebagainya, ukhuwah itu akan hilang dan tiada lagi erti kemanisan Iman.

Ilmu, inilah perkara penting dalam dunia untuk akhirat. Nak jadi seksi dengan ilmu, bukan candu. Nak dunia akhirat dengan ilmu, bukan mengadu-ngadu. Nak dikasihi dan diredhai juga dengan ilmu, bukan bukan bukan dengan kehendak nafsu.

Semangat, tunjangnya Ilmu. Tenang kerana Ilmu, Semangat juga dengan Ilmu. Dalam Semangat yang berkobar-kobar itu perlu tenang, kerana dengan tenang itulah nilaian Ilmu itu menyinar. Lihat saja tokoh Malaysia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kerana ketenangan, ilmu dapat digunakan untuk menzahirkan semangat Islam. Lihatlah, semangatnya masih bersinar. kan?

Kerana kita tiada ilmu, ramai orang merana menderita. Kerana tiada ilmu jugak, orang sekeliling ditindas. Kerana kita tidak bersama ilmu, masyarakat digula-gula dan dilembu. Dek ilmu yang nipis jugaklah, kita menzalimi malah menjadi beban yang memberatkan bumi. Mak, Ayah, Adik, Tunang, Suami, Isteri, Saudara, Sepupu Sepapat, semua jadi dungu. Bukan sebab bodoh tapi kerana tiada Ilmu. Kes ni puncanya adalah Kita yang bodoh dek lari dari ilmu.

Suka menyeru, tapi merapu. Selalu sedekah, tapi mulut lepas. Teringin nak jadi bos, arah sana arah sini tapi lembu (takde akal). Lembu pun lebih mulia kot!

Ingat! Kawal Semangat. Ilmu jadikan Azimat. Ilmu tu biarlah bermanfaat. Berguna untuk diri dan masyarakat. Supaya terus thabat dalam pejuangan keramat. Agar selamat dunia dan akhirat. Kita jadikan Redha Allah sebagai Matlamat.

Jangan Berpecah! Terus Bersatu!
Luv Islam. Smile dan berjuang!
Sirru ‘ala Barakah Allah. ^^

No comments:

Post a Comment