Saturday, September 21, 2013

Ulang Tahun Pengorbanan Ibu


Ibu ini banyak jasanya, Pakhriah Binti Awang. Banyak pengalaman yang telah aku timba dari beliau, malah masih banyak yang belum diajarnya.

Setelah 9 bulan aku di rahim, dialah yang mengorbankan nyawa untuk melahirkan aku. Penyakit kuningku membuatkan dia selalu resah, tubuh kecil aku ini diletakkan didalam incubator. Lama kata ummi aku ditahan di hospital, ada satu lagi penyakit yang menahan ketika itu iaitu paru-paru berair.

Alhamdulillah, sihat je aku dari dua penyakit tu, aku disambut dengan ciuman dan bermacam-macam orang nak dodoi. Kak Yang adalah yang paling suka cium aku time kecik, dahla hidung dia berair. Siap tidur pulak tu dengan aku malam-malam, setiap masa bersama. Ceh! Bersih tetiba.

Emm. Aku selsema. Masuk hospital lagi!

A Sweet Couple  ^_^
“Hakim, pakai baju tu!”, “Achik, time ni (lewat malam) baru mandi?!”, “Eh Awok! Jauh sikit dari kipas tu!”. Katanya, paru-paru aku masih lemah. Aku rasa, ummi masih terbawa-bawa cara pandangnya time aku kecik dulu. Alhamdulillah, aku dah sihat.

Ummi cerita semua ni, sebelum datang mesir dulu. Ummi cakap, nama aku sebenarnya Hakim. Setiap hari, akan ade ucapan “hello boy!” dari seorang doctor. Ha~ doctor ni la yang nasihat, “letak Ahmad Hakimi”. 

Lekat sampai sekarang di surat beranak aku, huruf (i) yang ditambah sendiri dengan pen hitam baba tapi mulut ummi & baba masih memanggil aku Hakim.

Eid 2009 (raya last ngan family)
Kata ummi, aku antara adik-beradik yang paling banyak penyakit n paling banyak masuk hospital time kecik. Sebab tu, ummi suka tengok aku melompat, panjat tiang rumah nenek & mek, pergi silat, nasyid dalam Van time nak balik kampong, pergi masjid dengan AbangSu, pergi kebun ikut PokWey. Ummi suka sebab itulah tanda aku Sihat.

Aku percaya, ade yang pernah alami apa yang Baby-boy nie lalui dulu. malah mungkin lebih teruk lagi. Actually, dalam TV3 Bersamamu banyak kot. tu baru mesia.

anak-anak dan umminya
Macamana ummi kawal aku masa kecik, taksama dengan cara ummi sekarang. Kami terpisah jauh di dua Negara yang berbeza. Marah tengking dia, aku dah tak dengar. Kalau skype, mesti lembut-lembut je cakap, ye la~ rindu katakan. Sabar ummi, doa ummi, mesej ummi membuatkan aku sedar bahawa Ummi Banyak Jasanya.

Kerenah aku, adik-beradik lain, rakan pejabat, keluarga, orang kampong. Hebatnya ummi, dia masih ade masa nak tanya khabar anaknya n details dia ingat “laporan-laporan” yang aku bagitau kat dia. Dia masih ade masa nak kemas rumah, cuci baju, santai petang, ajar Basyir (adiksu myfamily) Math, BM, BI & Lukisan (Lukisan ummi cantik!). Macam-macam ummi buat, sabarnya ummi.

Bercinta Sampai Syurga
Hidup aku belum matang, tidak sematang ummi dan baba. Pengorbanan mereka, superb!

Harini, aku berumur 22 tahun. Selama itu jugaklah, ummi dan baba memerah keringat untuk mendidik dan membesarkan aku. Aku takmampu nak balas semua nie! Dosa bertimbun-timbun mungkin, telah aku buat kepada mereka. Allah!

Allah akan balas segalanya~

“Allahummaghfirli dzunubi, wa liwalidayya wa-rhamhuma kama robbayani soghiro”, Amin Ya Rabbal ‘Alameen.

Doa adik/achik kepada Ummi Baba, tanda Adik/Achik Sayang Ummi Baba. Setiap birthday adik adalah untuk menghargai pengorbanan Ummi Baba.

 Smile..^_^..

No comments:

Post a Comment