Sunday, September 8, 2013

Azhari/ah : Dilema dalam Merdeka

Assalamu 'alaikum

Sepatutnya dah takdemahasiswa/wi yang dilema dengan keadaan mesir sekarang kot. Aman, insyaAllah.
Perintah berkurung kami kat sini dah dikurangkan dari 11 malam sampai 6 pagi. Maknanya ape tu? Ha~ semakin aman la tu.
Kursus Intensif Designer Ramadan 1434H (KID R)
Don’t worry, takde apa yang nak dirisaukan. Sekarang, yang ambik MA sedang imtihan (exam) n jalan ke kuliah alhamdulillah. ok. Student BA pulak, sekarang duk buat urusan kuliah sebab 21 September ni insyaAllah jadual kuliah akan bermula. Urusan pun macam biasa, saghu (serabut) dengan orang arab.

Mungkin korang yang terasa dilema tu, terpikir pasal keadaan siasah (politik) mesir kan? Takde hal la, insyaAllah selamat. Pergolakan yang berlaku akan ade penyelesaiannya, yang penting tak mengganggu penempatan kita orang-orang mesia. Yakin! Inikan bumi yang dijanjikan!

Wei! Keturunan pendekar kan? Takut jugak ke? Nge~

Pasukan Dikir Bersilat (ce cari HS)
Kalau mesir nie rakyatnya akan menjadi sebaik-baik tentera, kita yang melayu kena ingat yang kita jugak sebaik-baik pendekar.

Kalau tentera itu tegas, pendekar itu disiplin.
Kalau tentera itu ganas, pendekar itu bengis.
Kalau tentera itu kasar, pendekar itu sopan.
Kalau tentera itu berjasa, pendekar itu berbudi bahasa.

Oh! Tentera itu mulia kerana Islam la HS.

Dah tu! Pendekar dulu juga Islam pa? jap! pendekar sekarang mungkin boleh dipertikaikan. nge~

Setiap keturunan dan bangsa itu ada identiti dan kelebihan. Ketahuilah, keturunan kita (ahli Tanah Melayu) adalah sebaik-baik pendekar. Cuma, kembalikan kegemilangan Bangsa Melayu (bagi yang melayu la) dan Keturunan Pendekar semula. Macamana?

Dengan Islam.
Yep! Just Islam.

Takkira bangsa dan keturunan manapun (termasuk melayu), sekiranya tolak Islam maka takkan ade ‘Izzah (Kemuliaan) dalam hidup. Cina, India, Kadazan dan semua akan mulia hanya dengan Islam. oleh sebab nie jugaklah : Islam yang akan mendaulatkan Bangsa.

Ketentuan Allah adalah Iradah (Kehendak) Allah. IradahNya itu berhikmah kerana ilmu dijadikan paksinya. Ilmu Allah! Kezaliman, berlaku disebabkan oleh : manusia mengikut kehendak sendiri untuk kepentingan diri or nafsu dan mengatakan "inilah ketentuan Allah". Natey Nusiyo! Laknat Allah kepada Penzalim!

Allah Bersama Kita!
Dah la kuliah ok, jalan pun ok, urusan pun ok. Ape lagi wahai pendekar a.k.a pejuang-pejuang Allah nak takutkan? Jangan takut runsing~ (dilema la tu) nak cakap takut pun tak, rungsing pun tak. Dilema~

Allahu Ma’ana.
time bazaria siswa aritu - with abe din
Dilema yang takde sebab! Dah-dah. Takpayah nak runsing ape-ape dah, kitorang ade, PMRAM ade, ape nak takutkan. Kita sekarang perlukan anda yang betul-betul Ikhlas nak menuntut ilmu Allah je. Datanglah, takde ape yang nak diragukan lagi. Keberkatan Bumi Para Nabi, Ketinggian Ilmu Al-Azhar, Kemuliaan Pejuang Allah adalah kekuatan dan sebab utama penuntut ilmu disini takperlu runsing or dilema. Mesir adalah bumi yang dijanjikan keamanan!

Tiket free datang lagi,
Kita boleh balik free,
Tapi pastikan Kembali,
Bukti kita pendekar sejati.

Allah Bersama Kita.


Senyum ^_^

No comments:

Post a Comment