Wednesday, August 28, 2013

Kaki Cerita

Ni bukan nak cakap pasal orang yang suka ‘bawak mulut’ tu, tapi nie pasal orang yang suka tengok cerita/ movie dan sebagainya. Yeah~

gambaer sekadar hiasan, termasuklah yang diatas dan dibawah meja dan kerusi
Masuk rumah nie, cerita. Masuk rumah tu, cerita. Masuk bilik sendiri, pun cerita. Aik? Musim ape nie sampai semua orang nak bermovie-movie nie? Ke kes evakuasi, sampai semua orang nak kena feeling-feeling? feeling duk Malay pa? Whoho. Bahaya!

Actually bahaya tu bukan pasai pa, tapi aku nie jenis cepat terpengaruh tau dak! Ha~ kang, tak pasai-pasai aku pun terlibat sama dalam jenayah nie. Wa~ jenayah gitu. Takde kena mengena langsung. Hoho. macamtaklawakjenakhohomasanie

Pelik tu memang pelik, biasanya dak-dak mesir nie suka tengok cite time nak exam and sewaktu dengannya la (macam musim sejuk). Musim-musim suam kuku nie, biasanya takmacam nie kot. Ke korang always camnie ek? Eh!! Kompeus aku!

ini bukan tengok cerita ha! YDP Boh! ceramoh sajo dale tu tuh!
Takyah la duk buat alasan nak cari feeling Malaysia bagai, nanti balik boleh rasa sendiri la mesia tu macamana. Kan korang warganegara? Takyah nak feeling-feeling sangatlah.

Sekarang masa untuk buat persediaan, prepair ape yang patut. Lancarkan Al-Quran, banyakkan Thaqafah, dekatkan diri dengan Allah. Bukan sebab nak balik, niatlah untuk menjadikan kita nie lebih bersedia menjadi hamba Allah yang Baik. Ikhlaskan Niat wei!

Takpayah duk layan sangat movie-movie nie, lagha! Tengok masa la, jangan sepanjang masa. Dah la sesetengah tu, lepas movie sambung movie lain. Boring tengok citer, tukar pulak main PES, Armageddon, Mario (ade ke?) etc. weh! Ingat Allah! (jangan byk tengok movie pulak balik nanti!).

Tak semestinya kita tak puasa bermakna kita takperlu PUASA. Ingat! Jangan sebab kita tak puasa maka kita takperlu PUASA.

Tazkirah Jumaat Perpisahan sebelum mereka beterbangan. wa~ beterbangan mekmung! LAH SANGAT~
Jaga diri tu, tahan diri (macam Ramadan aritu la). Kalau malas, jangan layan benda lagha gitu. Sekarang banyak je alternative lain. Membaca, gi ambik udara luar (jalan-jalan), dengar kuliah MP3, buat photoshop or video n macam-macam. Yang balik pula, tolong la makayah, topup ilmu, tolong orang sekeliling. Biasakan diri kita buat kerja yang buat otak kita focus pada mencari Redha Allah.

Bagi penggemar movie tu memang agak sukar untuk berhenti, tapi ade je cara dia. Contohnya, kurangkan waktu menonton, manage waktu sebaiknya, baca bismillah dulu sebelum tengok, masa nonton tu pegang buku/ tasbih dan cuba baca (walaupun movie tengah jalan) dan buat la ape-ape pun asalkan baik.

Lebih baik cegah awal, takut terbiasa kang! ha~
Jangan bazir masa kau! Rugi~

*Eh! Korang baca ek yang aku tulis kecik-kecik tu? Nge~ ^_^ senyum.

No comments:

Post a Comment