Monday, July 1, 2013

Tamarrud : Revolusi Lagi!


Assalamualaikum..^_^..

Yup! Tapi taklah teghok sangat seperti yang digembar-gemburkan.

Eh..jap jap! Ade yang taktau lagi ke yang Mesir sekarang ada pergolakan lagi? Ish…ish…ish.. takpe la, ni baca nie ye.

Istilah Tamarrud kali nie dorang guna dalam rusuhan Mesir kali nie. Tamarrud, maksudnya Pemberontakan. (susah nak sebut, cer try test! ^_^)

Memang besar, satu Mesir berhimpun didataran negeri dan tempat masing-masing. Al-kisah kes Tamarrud nie disebabkan oleh pemerintahan Dr.Mursi yang semalam 30hb Jun, genap setahun memerintah. Tapi rakyat tamarrud nie, dia tak nampak ape yang Dr.Mursi dah buat untuk rakyat. Tu dorang bercadang nak buat rusuhan lagi tu, ala..macam zaman Mubarak la!
Irhal means Berambus! kuang hajaq toi!
Padahal dorang nie memang tak puas hati sejak Dr.Mursi naik jadi Pres lagi! Buktinya, orang yang sama jugaklah yang meyertai puak-puak Tamarrud nie. Aku yakin, sebab Nasr City yang aku duduk sekarang nie memang penyokong Ahmed Syafiq (orang kanan Mubarak!) dulu n dorang jugaklah yang banyak turun kat Tahrir Square untuk bersama Tamarrud. Aku jugak kenal dak-dak Arab yang sokong Tamarrud nie n ternyata hujjah dorang terhenti setakat “Mursi tak buat kerja! Mursi Takde Hasil! n blaa…blaa..bla…”. titik.

Kalau dulu Revolusi 25 Januari berlaku untuk menggulingkan Presiden yang Zalim, tapi terbalik pulak kali nie dorang nak gulingkan Pemimpin yang bersama Islam. Pelik! Kenapa nak jadikan bermacam-macam alasan, padahal alasan korang tu hanyalah rekaan?

Berpijaklah dibumi yang nyata, media korang telah menipu. Korang hanyalah bahan bagi musuh sebenar menadah keuntungan.

Orang kampung i ni ^_^ korang tengok tak berita tadi?
2-3 hari nie, aku n beberapa AJKT KPKM bertungkus lumus dalam Bilik Gerakan 306. Mengumpul maklumat, berbincang isu-isu sekitar, makan sambil-sambil buat kerja Lajnah yang masih berjalan dan macam-macam. Taklah letih sangat pun, kalau setakat kumpul maklumat nie. Lagi letih buat kerja lajnah ade ler!

Alhamdulillah. Setakat nie takde kes-kes kecemasan yang melibatkan rakyat mesia. Semua OK! ^_^ just kitorang sekarang kena get ready sokmo la, sebab 30hb memang la takde apape. Yang kita tak pasti ade ‘apape’nya adalah selepas tu! tapi ok je nie ^_^

N dah terbukti, selepas 30hb (1 Julai harini) pejabat Ikhwan kat Muqottom dah terbakar n diceroboh oleh puok puok tamarrud nie. Kuang hajaq! N ade lagi yang menyedihkan, sorang dipercayai mati ditembak dorang yang bersenjata (ramai wo!), kes rogol dua (2) orang pompuan arab kat Tahrir dan ade sorang lelaki berjanggut dipukul, ditelanjang dan dibiarkan ditempat awam (tempat dorang belasah tu jugak) macam tu je. Astaghfirullah!

Kita respect dengan mereka-mereka yang paham Islam macam penyokong-penyokong Dr.Mursi kat Dataran Rabiatul Adawiyah, walaupun ade kenderaan n orang-orang tamarrud lalu kawasan dorang, dorang tetap cool n bagi laluan dengan tenang. Siap buat majlis potong kek lagi malam semalam sempena setahun Pemerintahan dibawah Presiden kesayangan dorang..^_^.. Tenang~

ramai kan? tapi macam TV# la..^.^
Aku nak bagitau yang, anak-anak mesia kat sini semuanya selamat je setakat nie. Kitorang ikut pekeliling yang dikeluarkan pihak PMRAM dan Kedutaan, so takde apape la. InsyaAllah lepas nie pun ok! ^_^ Amien Ya Rabb!

sempat lagi datang Bazaria KPKM nie ^_^
Kalau nak maklumat lanjut, korang boleh rujuk beberapa sumber facebook yang boleh dipercayai macam PMRAM https://www.facebook.com/pmram.org  dan Ustaz Malik https://www.facebook.com/abdul.malik.1481?fref=ts .

Ok. Yang duk Mesir, jom kita ikut qarar dari PMRAM n Kedutaan ye! N harap-harap orang mesia jangan lupa doa untuk kami jugak ^_^

Terima Kasih Doa~ ^_^

Assalamu 'alaikum ^_^

2 comments:

  1. Apa khabar dik? Lama x dgr khabar adik angah yg sorg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, nak belanja makankan? ala~ susah2 je, nanti adik pikir dulu la nak makan ape. whohoho

      Delete