Friday, June 7, 2013

Malaysiaku Gemilang : Islam disudut pandang Berbeza



السلام عليكم و رحمة الله

Hai korang! siyes je tajuk en..^_^..

Malaysia dulu taksama dengan Malaysia sekarang kan? Dulu, orang tengok ustaz/ah sebelah mata je. Time perlukan kita (ustaz/ah), baru duk terhegeh-hegeh datang jumpa. Sekarang, katanya Malaysia dah berubah lebih baik, ustaz/ah dah dapat tempat di pelbagai sector kerajaan. Takkira la kerajaan pusat or negeri. 

Perkembangan yang baik la tu, goooood! ^.^

Actually, masyarakat dari dulu memerlukan tempat rujukan agama (yang betul). tapi, time itu dorang just cuma tahu yang agama itu hanyalah diwaktu dilahirkan (azankan bayi), dinikahkan (ijab&qabul) dan dimatikan (urus jenazah). LNM =  Lahir, Nikah dan Mati.

Agama itu takubah seperti pakaian yang boleh dibuang sesuka hati tanpa ada sebab yang kukuh pun takpe, asal hati baik. Kata Kau!

Malaysia semakin moden, para ulama’ & asatizah dilihat semakin matang menggunakan kelebihan dunia sekarang dalam mendekati rakyat. So, orang ramai sedikit sedar akan kepentingan agama (walaupun masih belum sempurna kesedaran tu) dalam hidup individu.

Sekarang, usaha untuk memperkenalkan Islam (yang sebenar) still berjalan dan matlamat sebenar adalah supaya masyarakat betul-betul menjadi hamba kepada Allah Taala Yang Maha Esa. Maksudnya, Islam itu bukan setakat dianuti tapi dijadikan betul-betul seperti yang disuruh (Allah SWT dan Rasulullah SAW) iaitu the way of life.

Islam ni bukan solat puasa je. Kalau kita cakap Islam ini sebuah cara hidup, maka kita faham yang selagi kita hidup maka hidup kita ini adalah untuk hidupnya Islam.

‘Cara’ hidup tu bermula dari awal kehidupan (lahir/ bangun tidur/ hari kebangkitan) sampailah akhir kehidupan kita (mati/ tidur balik/ syurga neraka) nanti. In another words, start korang bangun sampai korang tido balik nanti, Islam dah ajar semuanya : Cara & Tips bangun tidur, mandi, basuh baju, makan minum, belajar, kerja sampailah korang tido balik.

Kita ni janganlah jadi mangsa penipuan orang-orang yang Penipu! Korang, siyes wei yang konsep agama pada Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian (yang aku sebut kat atas LNM) tu sebenarnya puak-puak Kristian dari dulu duk amal. Kalau korang faham dan amal Islam semacam kebanyakan orang kristian faham dan amal LNM nie, maka korang nie spesis Kristian la jugak. Sejarah Kejatuhan Khilafah

Islam nie bukan pada IC je, Islam nie ade rukunnya, ade wajibnya, sunatnya, haramnya dan macam-macam. 

Kalau setakat nama Islam tapi diri sendiri tak buat apa yang Islam ajar, jawabnya : Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un. Sebab, sesiapa yang terasa susah/ tak beramal dengan Islam maka hati dia telah mati. So, Mintaklah Hati Baru dengan Allah SWT.

Hati yang bersih pulak, bukan hanya cinta dan taat akan Allah Rabbul 'Alamien dan Baginda Nabi Muhammad saje. Tapi mereka itulah : yang beramal dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Tak pelik kalau orang Islam (Muslim) masih tak ikut Islam dengan baik, tambah-tambah zaman sekarang. Sebabnya, hati masih tak kenal Islam yang sebenarnya. Malas nak kenali Islam pun salah satu sebabnya jugak, pokoknya : Islam itu tak melekat dihati.

Mana-mana zaman la, semua ada cabaran dan masalah dorang masing-masing. Cara kita yang dah terkemudian ni adalah dengan tengok yang terdahulu (sejarah). Dulu perang senjata, sekarang perang pemikiran. Dulu sakit/cedera kena sabar dan dapat syahid. Perang kita, sakit/ cedera akan sesat aqidah dan dapat balasan sebagaimana Yang Kufur.

Jom korang, kita berpusat pada satu tenaga. Tenaga yang akan meletakkan Islam kembali diatas takhta mutlaknya dengan menyampaikan walaupun satu kalimah dari Kalimat Tayyibah dari Islam Yang Mulia.

blogger yang merangkak

Time Kasih baca. Nanti kita tulis lagi.
Senyum So sokmore ^_^

2 comments:

  1. mantap abe Key-me..gaya penulisan yg santai tapi banyak ibrah dan pengajarannya..terus berceloteh..:)

    ReplyDelete