Tuesday, June 4, 2013

Jom Betulkan Fikrah!


Assalamu 'alaikum wa rahmatullah ^_^

Fikrah, satu cara kita berfikir. Cara berfikir yang terbaik adalah dengan berlandaskan Islam. Masyarakat sekarang, kalau ternampak salah atau cacat mana-mana mesti cepat melenting.

Ingat, nilai dulu pandangan/ pendapat kita ye. Nanti susah nak jawab depan Allah SWT. Nak buat ape-ape biar dengan ilmu. InsyaAllah, bila ilmu menjadi asas kepada fikrah kita maka semua akan jadi baik.

Kata-kata yang akan dikeluarkan jugak akan kena/sesuai pada masa dan lahir dari jiwa yang suci. Cakap senang, tapi bila nak guna memang susah.

Sebab tu la, bila kita tengok seseorang yang tinggi ilmunya dalam keadaan marah kita takboleh melenting jugak. Dek kerana dia bukan malaikat, walaupun ade ilmu bukan senang nak beramal dengan ilmu.

Contoh, kita berhadapan dengan orang yang bermasalah (ikut ilmu kita). Apa cara yang terbaik untuk kita dan orang tu? Adakah dengan mengkritik? Kutuk? Hina? Demonstrasi? Hmmm… ikut keadaan jawapannya. Nge~

Sebab : Takkan korang nak hantar momerandum sedangkan kesalahan itu hanya pernah berlaku sekali dan berkaitan dengan kucing curi ikan? Takkan nak terus kutuk sedangkan mata orang tu juling, sebab tu kita nampak dia macam duk mengintai kita? Takkan disebabkan harini panas terik, kita buat demonstrasi “kerajaan zalim sebab harini panas”?! Takkan terus nak buat kenyataan rasmi, padahal yang cerita pun si kaki mabuk?

Baba pesan, jaga duit elok-elok dan jangan membazir. Bukan sebab baba takde duit. Tapi baba nak kamu tu cerdik berbelanja! Beli berus gigi takkan sampai RM 1,000,000 kot?! Bila baba ajar macam nie? Masa kecik lagi.

Sekarang, bila kita nampak duit tu keluar lebih dari yang sepatutnya, otometik kita sedar yang duit kita dah pergi ke tempat lain. Mungkin : tambang teksi, buah tangan time ziarah orang, snek, air mineral (3botol besar pun takrasa kalau summer nie) dan banyak lagi. Kita je yang tau.

Beginilah kita, bila dah meningkat dewasa. Yang kita fikir sekarang adalah apa yang dididik sebelumnya.

ubah cara kita berfikir, sebelum kita menzalimi orang yang kita sayang ^_^
Kalau sekarang  pun kita dah ajar diri kita membazir dan derhaka, apatah lagi kalau dah meningkat tua. Ini jugalah sebabnya, kenapa anak menjadi bodoh dan gila. Na’uzubillahi min zalik.

Buat apa pakai sweater kalau kepanasan dah terasa? Buat apa pakai cap kalau najis burung pun mustahil nak timpa kita? Cahaya dewan? Eh, pakai la speck mata. Tapi jangan pulak pakai time gelap takde cahaya, nanti ‘lembu’ la kita digelar manusia biasa.

Kalau rasa diri bersalah, syukurlah dan baikilah. Diri rasa benar, syukurlah dan baikkanlah. Dirimu diberi peluang untuk mencari redha, maka carilah. Redha Allah Taala pada redha kedua ummibaba.

Bukan menyindir tapi muhasabah bersama. Terima kasih kerana membaca.
edit gambaq lama ^_^
i luv ur smile ^_^

No comments:

Post a Comment