Saturday, May 11, 2013

Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) : Selamat Berjuang Tok Guru


السلام عليكم ورحمة الله

PRU 13 telah pun diumumkan siapa pemenangnya. Tahniah dan takziah kepada kerajaan baru Barisan Nasional - BN. Semoga amanah daripada Allah SWT dapat dilaksanakan dengan baik dan patuh syariat. Tahniah dan Takziah juga kepada Saff Kepimpinan Baru Exco Kerajaan Negeri Kelantan tercinta. Rantai Pejuangan ini takkan pernah berhenti, selagi nyawa ditetapkan Allah SWT.

Tahniah! ^_^
Kepala yang beruban, tanda kau berusia,                                             
Mata yang rabun, perlukan speck mata,                                                               
Hidup yang mewah, tidak berguna,                                                        
Andai Syariat tiada di tempatnya,                                                            

Syariat Allah zahirkan Islam,
Hey! Ansarullah munajatkan kebesaran,
Setelah genap 22 tahun pemerintahan,
Kiniku beralih posisi pejuangan,

Taghut mana yang mengaku hamba,
Firaun mana yang membela agama,
Nabi Ibrahim tinggalkan permata,
Baginda Muhammad wariskan PEMBELA,

Tok Guru…
Ayah kepada rakyat Kelantan,
Mengisi kekosongan hati dijiwa penuntut redha Tuhan,
Memikat sanubari dengan tawaddu’ dan keikhlasan,
Suara tegasnya membukti cinta dan kebenaran,
1990 hingga 2013, kepimpinan dibawah payung kesucian,

Dikau Lagenda Haraki,
Dikau juga Pejuang Sufi,
Dikau Penyatu hati Insani,
Dikau Pewaris para Nabi.

Kawan mahupun Lawan,
Segan malu berhadapan,
Sejuta ummat mengharapkan,
“Akan Lahir Mutiara Insan”
…..
Sepertimu Tuan Guruku hafizahullah^_^

Atok, saya sayang tok macam arwah datuk saya. Saya tiada datuk, datuk saya meninggal masa saya kecil. Baba cakap, atuk pandai agama. Saya nak jadi macam atuk, suara sedap, pandai agama dan amalkan agama pada jalanNya. Atok doakan saya jadi Pewaris Para Nabi ye..^_^..

Sayang Tok Guru Nik Aziz..^_^..selalu…

(atok saya suka tulisan jawi)  ^_^ حكيمي سحيمي دان توء كورو

Smile Always,

(Ahmad Hakimi Bin Ahmad Suhaimi)
Penuntut,
Kuliah Bahasa Arab,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.

No comments:

Post a Comment