Thursday, May 2, 2013

Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) : Milik Siapa? Allah SWT

3 hari lagi.. Moga Islam itu tersebar diserata dunia.. Amien Ya Rabb...

Sahabat-sahabat yang balik berjuang, jangan rehat kerana penat. Mati biar Syahid.

Moga Korang Sihat disana.

Ummi dan Baba, maaf takboleh nak turun berjuang bersama dan jawab mesej kat facebook. Moga pejuangan adik disini adalah bukti adik sayang ummi, baba dan ummah seluruhnya.

Sahabat-sahabat di Malaysia, kita adalah pejuang. Pejuang yang telah berjanji dengan Tuhannya sejak dari perut ibu, kita tak ingat tapi itu hakikat. awkward? just believe it.

Kalimah Allah dan Rasul takperlu nak diragukan, selesakan diri dengan Al-Quran dan Sunnah.

Allah SWT berfirman :
"Dan perjanjian dengan Allah, akan diminta pertanggungjawabannya"
 -Surah Al-Ahzab : Ayat 15

Apa yang telah kita janji masa sebelum kita dilahirkan? di alam roh, Allah SWT merakamkan firmanNya :

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : 

"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" 
Mereka menjawab : "Betul (Kamu Tuhan Kami), kami menjadi saksi". 
(kami lakukan demikian) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan : "Sesungguhnya kami (anak-anak Adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)".
- Surah Al-A'raf : Ayat 172

Sayangkah kita kepada Allah SWT? dibuat perjanjian dan dirakamkan supaya kita tak lalai dan bukan dari kalangan mereka yang lalai. bukankah itu bukti sayang Allah SWT pada kita?

Ingat janji kita, amanahlah dalam mengurus dunia sendiri. Hidup kita ni untuk hidup disana. Hiduplah untuk hidup.
always with lappy, but still can't reply any mssges from uolls. i'm sorry (-.-)
Al-wajibat akthar minal Awqat : Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada.

Moga kita semua istiqamah dalam mencari redha Allah SWT.

Smile for Allah.. Cinta Allah, Ikuti Rasulullah..^_^..

No comments:

Post a Comment