Tuesday, May 21, 2013

Bodoh Tapi Mahu

السلام عليكم ورحمة الله

Ramai yang nak suami atau isteri yang soleh/ah tapi diri taknak hidup dalam pekerti dan suasana yang soleh/ah.

Ramai yang nak mati dalam husnul khatimah ( sebaik-baik kematian) tapi taknak hidup dengan husnul hayah (sebaik-baik kehidupan).  

Ramai yang inginkan Negara Islam tapi taknak hidup bersama Islam.

Ramai yang inginkan harta yang lumayan didunia, tapi taknak pula harta lumayan di akhirat?!

Yang belajar di Mesir, di Azhar merebut gelaran Azhari, yang sains kesihatan dengan cara dia. Kuliah takpergi, masjid Azhar singgah dhuha, sanad tinggal, faham pun tak, amal pun tak jugak. Azhari ke tu?

Baiknya pemikiran orang kita. Title Sheikh, Ulama’, Sayyid, Tuan, Ustaz, Dato’, Haji, Tan Sri, PM, MB, Prof (dll) dikejar tapi tinggal Sheikh+Sayyid+Tuan+Datuk+Haji kita Baginda Muhammad SAW. Jangan terasa kalau bukan kita yang sebegitu dan jangan 'lembu'kan diri bila ditegur.

Mana kata cinta Islam kalau al-Quran takbaca? apatah lagi nak faham?! Mana kata Cinta Allah Taala dan Rasulullah SAW, kalau sunnah dikata tidak releven?! Itu menolak namanya, menolak ISLAM!

Mahalnya dunia kamu! Koreakah NERAKA?!

Susahla kalau kita pada akhir zaman merelakan ‘Si Bodoh tapi Mahu’ berlegar dalam diri kita dan dunia yang dipijak. Cerdikkan yang bodoh, tukarlah Bodoh dengan Cerdik. ‘Orang tengah’nya adalah Mahu Islam. 
Quran Besar untuk Ramadhan nanti ^_^

Bodoh + Mahu = Zalim (Takde ilmu tapi semua nak, maka bercelarulah)

Bodoh + Mahu Cerdik = Pandai (takde ilmu tapi nak ilmu, maka baiklah)

Cerdik + Mahu = Adil ( Berilmu dan semua boleh , maka tersusunlah)

Cerdik + Mahu Pandai = Adil Saksama ( Berilmu dan nak kebaikan, tersusun+terjaga)

Cerdik + Mahu Cerdik & Bodoh = Adil Saksama Sangat (Berilmu dan nak kebaikan & sedar diri, tersusun+terjaga+terbela)

Cerdik + Mahu Zalim = Mana ade! Bodoh la tu. (Cerdikkah kalau zalim? TAKKAN dipanggil Cerdik!)


Muhasabahlah Ahmad Hakimi Bin Ahmad Suhaimi Bin Idris Bin Sa’amah! Sesungguhnya, tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Muhasabah bukan sempena exam! Bukan jugak sebab ujian yang menimpa! Tapi Muhasabah kerana Allah Taala..^_^..

Smile is Sunnah..^_^..

No comments:

Post a Comment