Friday, May 17, 2013

Bateri Jam Baba


Assalamualaikum ^_^

Selama lebih 2 tahun setengah aku berada di bumi mesir, ‘dia’ aku jaga dengan penuh kasih dan sayang. Setiap masa, aku akan bersamanya. Menyediakan tempat yang selesa untuk dia beradu, rehat dan bermesra selalu dengan aku. Kini dia koma dek kerana ‘ubat harian’nya sudah habis. Jam Lama Baba ^_^

Sebelum datang mesir, baba hadiahkan seutas jam lama. Jam ni sebenarnya hadiah daripada ummi kepada baba dulu, time ulangtahun baba kot. Tapi bila aku nak datang, baba tengok aku takpakai jam n then telah menghadiahkan aku jam lama tu.

Kalau diingat balik, angah hadiahkan aku baju-baju lama, Ummi hadiahkan baju sejuk, baba hadiahkan jam tangan dan handphone, asatizah MAIP hadiahkan ilmu dan nasihat, adik-beradik, sahabat-sahabat n orang kampong hadiahkan doa dan harapan.. untung orang musaper ni ken?

Setahun aku di Markaz Lughah (yang kononnya Matriks Al-Azhar) dan 1 tahun setengah aku di Kuliah Al-Azhar. Ilmu dan pengalaman mengisi dada. Contoh : Jangan sangka dengan LE10 kita takboleh hidup untuk setengah bulan.

Yup! Amat mustahil untuk berjimat dalam suasana arab yang takde system nie. Semua naik harga, ikut sedap dorang je. Tapi, aku yakin pemerintahan Dr.Mursi akan menyelesaikan masalah Nizhom (Sistem) Republik Arab Mesir nie. Takkan dalam masa setahun nak selesaikan semua, sedangkan yang pokok dan dasarnya pun belum selesai. Moga Allah SWT memudahkanmu Ya Mursi.

Masuk topic lain pulak ye! ..>.< ..Back to da topic
Tanpa ilmu dan pengalaman, kita takkan kemana. Allah SWT letakkan teori dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah bukan saje-saje letak tu, tapi nak suh amalkan la tu. Dan sememangnya tak sia-sia jika amalkannya dengan hati yang ikhlas dan taatkan Allah SWT.

Takdir Allah SWT, jam baba rehat buat sementara waktu. Juga takdir Allah SWT, aku dihadiahkan jam baru dari sahabat urusetia KID ’13 (Kursus Intensif Designer) sebab jadi pengisi kursus tu. Alhamdulillah ‘ala hazihi nNikmah. Like! ^_^

yang hitam dari KID dan Silver from my baba ^_^
Jazakumullahu Khairan Kathira to Ustaz : Ihsan, Halim, Hafiz (Abe), Ustazah : Jannah Zakaria, Khodijah, Hidayati dan Madiana. Of course taklupa to peserta-peserta yang ‘baik dan baik’dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.^_^.

Walaupun jam mesir ni harga murah je (siyes murah!) tapi cantik. Ramai puji jam baru korang! ^.^ takyah nk suka sangat wei! ilek-ilek je..Siyes Santek Sangat! Bukan nak cakap nilaian jam tu pada cantik or harga, tapi rezeki Allah SWT yang berwasilahkan anda semua. Very very Waow lah! ^______^

Sekarang, jam baba dah kembali normal. wakeup from the koma.hihi. so, aku terasa kaya sudah! ade dua jam n taktau nak pakai yang mana satu klau nak keluar. actually, takut banyak-banyak barang nie, Allah tanya pulak kat sana nanti. Moga semua ini bermanfaat untuk semua ummat.

“In Tansuru Allah, Yansurukum” : Sekiranya kamu bantu Allah, Dia pasti bantu kamu.

Thanks For Reading this ^_^ smile sokmo

2 comments:

  1. hadiah dr allah, ada jam 2 bermakna Allah nak kte lbh menghargai tiap detik masa yg ada.teruskan mjd amilin utk pjuangan islam,.slm imtihan, all the best, u can do it!

    ReplyDelete