Sunday, March 3, 2013

Untuk Kawan Pompuan yang Dikasihi

Assalamualaikum

Pengaruh kawan sebaya? Kenapa cepat sangat nak terpengaruh nie? Mungkin dipaksa atau ada yang memaksa. Keadaan? Ibubapa? Facebook? Trend? Kerajaan? Namun, nasihat saya lebih baik ‘patuh syariat’.


Pompuan, sinonim dengan satu perkataan yang sedia maklum iaitu fitnah. Tidak dapat tidak, seorang perempuan tu pasti akan tersangkut kainnya dengan duri fitnah nie. Kesian, namun ia sebuah hakikat yang kita sedia tahu.

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" -Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa-

Pakaian tu, dipakai untuk memulia dan menjaga. Ia bukan direka untuk mendapat murka dan cemuhan hina. Andai diri sudah hina pada mata manusia, apa yang saudari nak dari Allah swt yang menciptakan saudari?

Terjemahan :
“Bahwa Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya.” (Al-Baqarah : 286)


Kehormatan yang terbaik adalah melakukan hal yang ‘orang kata’ anda tak mampu buat. Maka patuhlah syariat, ia akan menjaga dan menutup segala keaiban yang takperlu untuk ditunjuk-tunjuk tu.

Dah diri terlalu sinonim dengan fitnah, jangan la pulak ditambah kecenderungan kepada fitnah tu. Cari nahas namanya ^_^ neraka bukan London, paris dan korea.

Korang mampu jaga aurat sendiri, yakinlah bahawa menutup itu lebih cantik disisi Ilahi. Resam manusia itu lidah tak bertulang, kasihanilah mereka yang menuntut hidayah jatuh ke riba. Carilah kejernihan diri dalam diri sendiri.

Panduan dan didikan agama terlalu senang untuk dipraktik sebenarnya, nak atau taknak je.

Udah-udah ler menipu diri, makan hati sekarang tu steady tapi kalau makan hati akan datang? Peluang untuk kembali ke dunia takkan jadi reality.


Nasihat ini jugak ditujukan untuk diri sendiri selaku seorang lelaki. Lelaki yang tidak memberi hak dan tidak menjaga amanah itu wajib faham ayat nie.

Terjemahan :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At-Tahrim : 6)

Perempuan, korang membahayakan keluarga : Ayah, Suami, Adik-beradik dan Anak korang!

Sayangilah kami kaum adam nie, tak kesian ke? Korang yang buat dosa, salah dan kegilaan tapi kitorang jugak dibabitkan sama. Aku bukan dayus! Lelaki yang membiarkan pompuan terus menerus 'terdedah' diri, itu bukan lelaki! Itu ??? poyyo!


Menutup Bukan Membalut! Beranilah sikit buat perubahan, korang buat kerana apa? Allah swt kan? Bezakanlah kita dengan orang kafir.

paling kurang, macam heliza pon ok ^_^

‘Afifah, gelaran yg mulia untuk seorang perempuan yang terpelihara SAHAJA. Jagalah diri korang demi keselamatan kaum sejenis korang iaitu perempuan suci lain.

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak..."

p/s: Disebabkan Tulisan nie khas untuk pompuan, so item yang dibawa jugak lebih kepada perempuan. Lelaki kena sedar bahawa wanita adalah TANGGUNGAN kita,jangan ingat senang nak jadi LELAKI!

Hidayah itu tuntutan bukan tontonan
Untuk Kawan Pompuan yang dikasihi
yang sedang buntu mengenal diri
ketahuilah, segalanya akan pulang kepada Ilahi.
Allah swt yang Maha Mengasihani . . . ^_^

Salam Ukhuwwah, Smile..^_^

No comments:

Post a Comment