Tuesday, February 26, 2013

Junior - Mereka Lebih Mulia -

Assalamualaikum

Menjadi antara yang memegang jawatan dalam persatuan, aku bertemu dengan 1001 masalah ahli dan luar. yep! inilah tanggungjawab, hari ini aku 'tanggung' bersama sahabat-sahabat exco lain and then akan 'jawab' pada hari yang akan datang.


Dalam kitorang duk bertungkus lumus menyelesaikan masalah ummat yang berlaku dalam kalangan ahli, masih ade lagi yang mempertikaikan kerja-kerja yang kitorang buat dan apa yang kitorang niat. Sesungguhnya, mereka tidak tahu!

Ini ade kaitannya dengan mereka yang bergelar 'junior'. Bukan tahun nie je, tapi boleh dikatakan setiap tahun babak-babak pertikaian nie akan terjadik.

This can occur only when the people berhati 'kotoq'. kenapa niat baik orang perlu dipertikaikan? kenapa nak syak wasangka sangat? aku buat salah ke?
Well, kita husnuzhon (pra sangka baik) je dengan dorang-dorang nie, mungkin ade sebabnya kan. Manusia ini akan angkat suara bilamana ade hal atau sebab je, kalau takde sebab tu baru la boleh nak kata hati depa kotoq or else.

Sungguhpun kita nampak suatu keburukan dan kecacatan yang terzahir daripadanya, terdapat 1001 kebaikan yang kita belum tengok disebaliknya.

yes! bersangka baik pun kena ada and hati-hati pun kena jugak kan. banyak kali aku bertanya pada diri, "salahkah aku?!" ha~ bajet retiss filem gitu. Moga pertanyaan inilah yang menjadikan aku seorang yang selalu muhasabah diri walau dalam keadaan terdesak. amieeeen.

Untuk rakan-rakan sekalian, kita nie manusia je. aku mati, korang pun mati. takde yang lebih penting untuk dibawa jumpa Allah s.w.t. melainkan Hati Yang Bersih. Bertaqwalah, Buatlah Kebaikan dan Jauhilah Kemungkaran. aku cakap untuk diri sendiri, harap maklum. Ade terasa ke? ada makan pedas ke?? nge~

Sayang Kamooo Kerna Allah s.w.t.


Biarlah aku zahirkan sedikit rasa 'sayang' ini kepada kalian, kerana aku ingin membiarkan si batin menyimpan seribu hakikat lain.

Ukhwah Fillah Abadan Abada ^_^

1 comment: