Monday, December 24, 2012

JANGAN CAKAP SEBARANGAN!



Beberapa perkara yang kita kekadang terlepas pandang bila bercakap or mengungkapkan sesuatu, contoh :

-         - Tanya orang nak masuk tandas : nak membuang ek?
-         - Masuk bilik yang ade orang sedang busy, datang buat lawak or bergurau.
-         - Meninggikan suara
-         - Selalu membebel dan bercakap je tau
-         - Kalau tempat yang takde orang nak bercakap dengan dia, dia akan bercakap sesorang.
-         - Bergosip tempat orang yang membencikannya (kalau tempat lain pun haram derr)
-         - Sememangnya bergosip/ mengumpat dan fitnah dan membawanya adalah terlarang (HARAM)
-         - Banyak bercakap melebihi orang yang lebih tua/dewasa
-         - Selalu bagi nasihat tapi diri sendiri takde perubahan pun
-         - Cakap menengking
      
      Antara effect yang dapat kita kesan bila kita melakukan kesilapan bila berbicara, adalah :

-         -  Orang sekeliling kurang bagi perhatian bila kita cakap
-         - Orang tu nangis T.T
-         - Orang tutup mulut kita or sumbat mulut kita dengan apa-apa je
-         - Orang marah dan senyap
-         - Orang marah dan tengking balik
-         - Merasa diri kita selalu je betul
-         - Takde rasa untuk ‘minta maaf’ walaupun bukan salah kita
-         - Penampar kawan tu singgah atas muka, kena rubber stamp cap ‘Pang Lima’
-         - Rasa bersalah tetiba tapi rasa diri betul je (padahal ramai yang bengkeeek dengan dia)

Ini cuma perkara yang ‘kadang-kadang’, ia boleh berlaku dalam keadaan kita sememangnya betul. Ia juga mungkin boleh berlaku sekiranya ada salah faham yang ditakdirkan-Nya. Sebaiknya, kita cuba untuk perbaiki mutu diri kita selari dengan kehendak Allah s.w.t..

p/s : Ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sebaiknya, kerana alas an "kita tidak sempurna" itu penawarnya adalah sunnah. Kita tidak akan sempurna tetapi kita boleh berusaha kearah ‘KESEMPURNAAN’.. ^_^ ..

Sabda Nabi SAW :
“Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada seorang hamba yang berbicara sehingga meraih keberuntungan dan diam sehingga mendapatkan keselamatan”. (Diriwayatkan Abu Sheikh Dari Abu Umamah R.A.)

No comments:

Post a Comment