Thursday, December 13, 2012

Aku Sedang Bercinta


Assalamualaikum


Aku sedang bercinta..^_^..

Well, you know me. Takkan la ‘aku’ seorang daie, pemimpin, kawan kepada sahabat yang soleh dan solehah tak bercinta? Owh please~ jaga standard tu siket (woi! Cam mak nyah punya style je?)

Kebiasaan bagi masyarakat muslim, individu muslim mahupun sesape je yang bergelar muslim itu bercinta. Am I right? Just say “yap!”. Why? Because in our life,we just have ‘Dia’ (ececeh, double meaning you~)

Allah Subhanahu wa Taala

Dia yang selalu aku agungkan, Dia Maha Suci, Maha Mengetahui dan Segala-galanya adalah kepunyaan-Nya. Hebat en? ^_^

Setiap hari, kalau nak makan mesti ade Pemberian. Setiap masa, kalau nak bergerak mesti ade rasa Kekuatan. Setiap kali, kalau sakit akan ade Penawar. Pada beberapa waktu, kita rasa gelisah pasti akan datang rasa Runsing. Ada masa kita berdoa, mesti rasa Ketenangan.


Pemberian, Kekuatan, Penawar, Runsing dan Ketenangan adalah sebahagian pelengkap kepada Sebuah Syair Cinta. Allah s.w.t. adalah Cinta/Kekasih Awal dan Akhir aku. (peminat abang jamal tak baca en?) ^_^

Kalau ade orang cakap “kau bercinta erk?”, cakap je “yeee~”. Sememangnya kita kena selalu bercinta. Bercinta dengan Yang Maha Mencinta. Fullstop!

Tokguru-tokguru pondok ade tafsirkan perkataan ar-Rahman & ar-Rahim dalam Ucapan Basmalah dengan maksud Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tokguru cakap, ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) adalah untuk seluruh makhluk takkira manusia, bangsa, binatang, tumbuhan, negara, warna kulit etc… dan ar-Rahim (Yang Maha Penyayang) pulak khas untuk kita Ummat Islam. Wah! Kan? Untung la lahir-lahir dah dalam Rahim ibu yang muslimah.

..Alhamdulillah..

Cinta itu,
Dinamakan cinta bilamana,
Cinta itu Mencintai..

- Sheikh Rohimuddin -

Dikau selalu Mencintaiku Ya Allah, Bagaimana dengan aku?

Yang bercinta itu ‘sanggup berkorban apa sahaja’ kan? Maka, kalau kata cinta wajiblah lakukan apa saje (berkorban) kan? Haa~ hang pikiaq la sendiri (^.^)

No comments:

Post a Comment