Sunday, October 21, 2012

Heliza n Al-Kahfi production


Isu hot! (bajet!)
 Seminit Sebelum Majlis Dialog Bersama Penulis Novel " Warkah Cinta Berbau Syurga"

Fatrah program tengah banyak nie, macam-macam agenda dari kitorang pihak AJKT & HEWI duk susun. Jadual bertugas setiap minggu pun dah siap, segala perancangan pun dah diangkat dan segala-galanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Mesia pun tak kurang hebat programnya, tambahan lagi musim cuti sekolah pun dah semakin hampir kan? Aku tau jugak  walaupun dah 2tahun lebih duk sini. Prihatinnya kandamu ini adik-adik skalian. Hoho.

Back to the title hakimi!

Lebih kurang 5hari lepas, pihak al-kahfi production datang mesir. Buat shooting untuk drama n film terbaru dorang. Excited gila budak-budak mesir bila dengar heliza helmi nak datang. Wah! Teruja u. bukan I okey! I cool je. Aku minat penulisnya je, ustaz Ubaidillah.

My Naqib with Ustaz Ubai. nasib cameraman la takde gambar kenangan kan?

Macam-macam status kalau korang baca dak-dak mesir nie post. Ade yg excited sampai semua program dalam seminggu dibatalkan! Hoho. Dasssssat!

Ade gak, ustak2 yang terlalu ‘prihatin’ try untuk bagi nasihat direct. Siap buat status “ mentang2 heliza datang mesir, habis ustaz2 pakat like page dia”. Prihatinnya ustak tu yee.

Ape-ape pun semua kembali kepada kita yang menghadapi situasi, jadikan al-kahfi production salah satu medan mendapat ilmu pengalaman (ilmu ke pengalaman? Lantak koranglah) semasa mereka ada nie. 
Adepun dorang tu sesetengahnya tidak bertudung, jangan lak buat2 ‘alim sampai mengaibkan dorang. Masa nie la kita nak tunjukkan “hikmah dalam menegur”. Jadikan ini medan dakwah anda. Ececeh. Ade style Karam Singh tak? Waa~

dorang ni la yang datang!

Yang terlibat secara langsung, sebaiknya timba-lah pengalaman dengan krew2 yang ada disamping tunjukkan akhlak yang baik dan kata-kata yang menyenangkan ye. Menegur itu ade peringkat (marhalah) dan softskill (uslub) bro! So, jangan gelojoh sangat ye! ^.^

Yang just tengok jauh-jauh tu, keep your mouth je lah. Jangan duk mengata je tau or buat cerita. Dosa tu. (serius wei!) bagi la sokongan pada mereka yang cuba untuk menjadi baik. Mungkin ‘jahil’-nya sesetengah mereka (atau kita sendiri) tu menyakitkan hati korang, tapi jangan sampai mulut dan hati korang pulak yang binasa.

Sahabat terbaik adalah mereka yang menjadikan diri sendiri itu ‘sahabat terbaik’. Faham tak? Nge~

Ade sorang abang penah berpesan, “silapnya orang zaman sekarang, lebih cepat mengata dan bertindak berbanding doa, padahal doa tu lagi senang n dapat pahala”. So, muhasabah n muhasabah.

Thanks for reading this.
Ukhwah fillah..^_^..  

No comments:

Post a Comment