Wednesday, August 8, 2012

Zaman Kanak-kanak


السلام عليكم ورحمة الله

Diberanakkan (amek kau) oleh ummi at Hospital Bersalin Kuala Lumpur aka HBKL. time tu aku takpasti (sebab aku baby lagi) haks. tapi tarikh lahir kalau ikut Takwim Islam 12 Rabiul Awwal ( bangga sebab sama macam tarikh Rasullullah SAW lahir) 1412H bersamaan 19 September 1991. Bulan September ( 2 bulan lagi) cukuplah umur aku 21 tahun. dah nak masuk umur 20-an keatas dah. tuaaaaaa... kena tambahkan kematangan nie. 

ummi pernah cerita kat aku dulu, macamana aku dapat nama Hakimi. dulu, ade sorang profesor (lelaki) suka sangat lawat aku. aku tak ingat nama prof tu (sebab aku baby lagi II).  setiap pagi, prof tu akan datang n say "good morning boy?". comel jugak profesor tu (gelagatnya). satu hari, prof tanya ummi " ape nama baby nie?". "ahmad hakim" ummi cakap. kata prof  " i cadang ahmad hakimi (ade 'i' ) nak tak, manis bunyinya". lebih kurang gitu la yang ummi bagitau (rugi tak record masa ummi cerita haritu, cis! ). 

masa tu, baba dah daftar tulis dah nama aku "ahmad hakim" (takde 'i'). pastu, ummi pun bagitau kat baba supaya tambahkan huruf 'i' kat hujung 'hakim' tu. buktinya, kalau tengok surat beranak asal aku, ade huruf 'i' yang ditulis dengan tangan menggunakan pen hitam. tapi, huruf 'i' tu la yang dah melengkapkan nama Ahmad Hakimi sekarang. terima kasih ummi dan baba tercinta atas nama yang cantik ni (feeling le tue). eh tak tak, nama yang handsome la. 'cantik' tu untuk pompuan je.

dulu, aku membesar kat Danau Kota, KL. kat situ la zaman kanak-kanak aku bermula, start berkawan, bergaduh, nasyid, main game, main 'tepuk' (sekarang ade lagi ke tak?) sampai merah-merah tangan. bukan merah je, kekadang, bengkak sebab excited+kuat gila ( maknanya : sangat ok) tepuk lantai sebab nak terbalikkan kad. dan yang paling tragis sekali adalah jatuh basikal n tertusuk pagar tajam kat ketiak!!! (amik kau, dua tanda seru free) sakit gile kot time tu. memang takboleh lupe punya moment ah.

yang tragis sangat bab jatuh basikal tu, sebab aku buat 'we can'.. jadi tu memang jadi ar en, tapi dah banyak kali sangat jadi. sekali takdir dah tertulis, aku jatuh basikal dengan bertongkatkan muka! jangan bayang la, ngeri woo..we can jadi  i can't. dua2x kejadian tu, aku pengsan kot..  

ala...cerita zaman kanak-kanak, korang pun mesti ade gak kan?  

kalau nak cakap pasal diri sendiri memang tak habis, nanti panjang-panjang jadi syok sendiri pulak. susah den. okey bro. thanks n love you lillah.



No comments:

Post a Comment