Saturday, July 7, 2012

Tips Join Program (Utk Sekolah Menengah)


السلام عليكم ورحمة الله


Pengalaman aku, dari : 

SK DK, KL >> SK TTDI, Shah Alam >> SK BKB, Kelantan >> MAIP, Kelantan >> Al-Azhar, Mesir. Semua sekolah ade program masing-masing. kekadang terfikir jugak en, tak ada ke sekolah yang TAK ADA Program???hehe. dah tentu la tak ada kan. semua sekolah ade program.

kitorang student pulak, tak semua yang suka berprogram. ade yang sanggup tipu mak/bapak semata-mata taknak pergi program. u olls don't do that okeh! tak baik u. kenapa la semata-mata tak-hendak pegi program, diorang ni rela menipu. Menipu tu ciri-ciri MUNAFIK.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka“.
(Surah An-Nisa' : 145)

habis tu, nak kena pegi jugak la kan. hehe. ala, chill la. takyah gelabah sangat, program je. InsyaAllah kalau masuk program, boleh keluar dengan SELAMAT. keh! panjang sangat intro aku ni. kali ni aku bagi tips, untuk korang tak terlibat dengan risiko-risiko yang korang dilema sangat tu.

Sebelum Program :

1) Makan dan Buang Secukupnya :  ha~jangan gelaks2x okeys. sebelum bertolak ke tempat program, pastikan perut korang clear dulu. nanti tak pasal-pasal buat malu je kat tapak program.nge~ n pastikan korang bawa air mineral sendiri, supaya cukup oksigen dalam badan (baru tak cepat letih & hilang keyakinan). 

2) Barangan Arahan/Taklifan : jangan sama sekali korang tinggalkan barang/alatan yang disuruh oleh pihak urusetia program untuk korang bawa tau. kalau korang tinggal, risiko untuk korang kena MAKI memang besar.

3) Buat Check List : supaya u olls boleh packing barang selengkap mungkin. barang lazim macam towel, pakaian dalam, kain pelikat/sarong, berus+ubat gigi jangan lupa pulak ye. Kalau program untuk 3 hari/2 malam, korang hanya perlu 2 helai/pasang baju dewan, 1 pasang baju sukan & 1pasang untuk ibadat. jangan bawa baju satu almari, bawa yang sesuai & penting untuk aktiviti je. Ikut Jenis Program.

4) Tambahan : Jam Tangan adalah antara bahan pihak programer untuk MAKI korang, so jangan lupa bawa Jam haaa... & kalau korang rasa nak demam, cepat2x bagitau AJK. JANGAN BIARKAN JE!

Semasa :

5) Tepati Masa : sebaiknya, datang awal sikit macam nak pergi exam. korang kena awal 5-10 minit dari jadual/tentatif yang tersedia. 

6) Hormati AJK/Peserta : hormat tu tanda sayang, jadi setiap waktu pun korang kena la hormat diorang. patut aku takyah sebut pun tapi, kena sebut gak sebab ade je yang lupa atau EGO. tak kira dalam apa sahaja keadaan, kena respect orang yang lebih tua. kalau AJK ade salah/silap, tegur dengan BERHIKMAH k. (banyak cara boleh tegur).

7) Dengar Betul2x dan Ikut : Jangan banyak soal, terima je apa-apa arahan dari Urusetia Program sebab diorang sememangnya banyak point untuk buat korang sakit hati, gelak dan sedih. Dah nama program, mesti la ade garang, marah, tengking, nangis2x, geletek2x dll. So, Jangan buat muka Blurrr. Relax perlu tapi jangan Blurr dong!

8) Alat Elektronik : Jangan simpan sendiri, sebaiknya bagi je kat AJK. Lebih selamat dari kecurian dan apa shj yang tak diingini. Ia juga untuk korang, supaya tak jadi 'bahan' dalam program. mana tau, kalau tak kena curi pun, kena tangkap dengan AJK. lepas tu, habis la korang.

9) Tidur bila perlu : Kalau letih sangat, minta dengan AJK pergi jumpa Che Let (Toilet) n ambil la wuduk ke atau basuh kepala. Kalau tak berkesan, mintak je air. Kalau tak berkesan jugak, berdiri/ jalan-jalan (dengan izin la oi). Kalau korang nak tidur gak, jangan bagi penceramah dan AJK perasan.hikhik. yang penting usaha JANGAN TIDUR.

10) Ikhlas Niat Tu :  aku saje letak kat belakang bab Ikhlas nie, biar korang tau bahawa semua kat atas tu akan rasa senang kalau Buat Kerana Allah SWT = IKHLAS.

** Bahan nie tak rujuk mana-mana pun, ikut pengalaman n borak-borak dgn geng je.hehe. kalau ade yang nak tambah, lantak korang la ye..^_^..

No comments:

Post a Comment