Saturday, July 14, 2012

Kemana Rezeki Datang dan Pergi?


السلام عليكم ورحمة الله

Rezeki tu hape? ('h' taukid = menguatkan)

cari rezeki punya baek! asalkan halal..^_^..

tadi, tetiba aku terfikir rezeki tu ape ye? padahal sepatutnya aku dah dapat save hal-hal remeh macam nie dalam otak aku, macam tak guna je rasa kalau tak dapat jawab soalan senang macam nie. n then, aku pun start la buat research sikit pasal rezeki. beberapa blog, forum & mp3 kuliah aku rujuk. so, inilah antara yang aku boleh buat untuk kali nie.

Rezeki, kalau diterjemah ke bahasa melayu Pemberian/ Pendapatan/ Kurniaan. itu semua kembali kepada rezeki dan datangnya adalah dari Allah SWT. be makna, rezeki tu pemberian daripada Allah SWT. senang!

tak kira dalam bentuk apa, macamana, bagaimana, kat mana, bila n more. semuanya rezeki. kira kalau kita dapat sakit atau gaji lewat sebulan pun dikira rezeki jugak. don't think about negative matters okeh! sebab rezeki nie nikmat tau. setiap nikmat tu, ade hikmah yang Allah SWT tentukan. (baca sampai habis, insyaAllah Paham)

korang selalu doa murah rezeki kan? tapi lama betul korang rasa doa tu nak dimakbulkan. contohnya : korang doa :

"ya Allah, hambamu ni nak jadi orang kaya, tolong hambamu.."
(memandai je aku reka doa, tapi UAI cakap tak salah kalau nak doa gini sebab Allah tu  kan Maha Pengasih)

tapi Allah SWT tak kasi pun korang kaya. tapi dalam tempoh tu, korang selalu rasa 'bahagia'. itu maknanya, Allah SWT tau yang korang minta nak jadi kaya sebab nak bahagia. so, Allah tentukan rezeki tu dalam bentuk yang lain. (kira dalam kes nie, Bahagia = rezeki dalam bentuk lain)

(google)

selepas korang tau Rezeki datang daripada Allah SWT, secondly adalah ia adalah pinjaman dan bersifat sementara. actually, 'dia' boleh datang dan boleh pergi. (eceh! macam lagu 90-an gitu). andaikata, hari ni korang bahagia, mungkin esok takdir rezeki korang 'malang' (mintak jauh ya Allah!). tapi itulah rezeki, tak layak kita-kita ni nak bangga dengan apa yang kita ade sekarang. sebab, it's will be gone.


Nak Murah Rezeki? (bajet iklan dalam tv pulak ye!)

1) ikhlaskan niat korang dalam ape yang korang buat. ape-ape je. even masak untuk kengkawan or orang tua kat rumah tu. semua kena buat dengan ikhlas.

2) buat kebaikan (yang Islam cakap itulah Yang Baik). antara amalan terbaik adalah Sedekah dan Suruh Buat Baik n Larang Buat Jahat. remember this, walaupun suruh orang lain buat baik, dlm masa yang sama baiki diri sendiri jugak ye.

korang perasan tak, takdir dan nikmat dan rezeki tak boleh dipisahkan? inilah bukti bahawa Islam yang ade dari 1400 tahun dulu sampai sekarang sememangnya Universal. 

Senang pun Rezeki, 
Susah pun Rezeki, 
Sakit pun Rezeki, 
Sihat pun Rezeki. 
Hakikatnya...
Semua adalah untuk Menguji.

Along with rezeki is 'berkat' bro. nak tak nak, berkat adalah sesangat penting. secara ringkasnya korang kena fikir, rezeki yang halal dan berkat itu untuk siapa dan apa kesannya nanti kalau-kalau rezeki kita bersumberkan yang haram.

bila berkat, insyaAllah apa yang korang idamkan dalam hidup (dunia mahupun akhirat) korang akan dapat. contoh bila rezeki dah berkat : -

1) badan rasa 'selalu' sihat dan segar : klau kekadang sakit tu biasa la.
2) dapat kerja yang sesuai : walaupun susah sikit, tapi 'sesuai'.
3) ilmu bermanfaat : ia akan buat kita ingat & dekat dengan Allah SWT.
4) jiran yang baik : semangat kejiranan gitu, hoho. (kau ingat ni lawak ke hakimi!)
5) kawan yang ikhlas : kita susah pun dia bersama, apa lagi masa kita senang. 
6) anak soleh dan solehah : dengar cakap dan taat Agama.
7) negara aman dan stabil : insyaAllah.. selalu doa!

Kat bawah gambar Mike Tyson dan apa yang dia luahkan :


Mike Tyson : 
“ Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari...” (bila masa mike tyson blaja bahasa melayu? hehe)

ok. itu je yang aku ingat dan boleh kongsi dengan korang. thanks for reading this!

smile okey!..^_^..



No comments:

Post a Comment