Friday, July 20, 2012

Jangan Lupa Niat - Ramadhan


السلام عليكم ورحمة الله

Salam Ramadhan Al-Mubarak kengkawan..^_^.. hari nie 20/7 (Jumaat), aku dah puasa kat sini. esok (sabtu) malaysia start puasa ye. kira aku awal sehari dari korang yang duk kat mesia la. niat jangan lupa!

nak senang, niat untuk setahun terus (amek kau setahun, Sebulan la!). tau tak macamana? niat nie bukan disyaratkan lafaz (sebut dgn mulut), tapi niat tu di Hati. tapi kenapa sebut? sebab untuk menguat+menyakinkan diri kita dan orang lain bahawa saya dah niat'..^_^.. so, lafaz niat tu kena betul la..

tujuan niat sebulan tu adalah sebagai backup (takut terlupa niat). sebaiknya disamping niatkan terus untuk sebulan tu, tajdid (perbaharu) niat setiap kali nak puasa adalah yang terbaik.

bila korang niat puasa tu, pastikan korang niatkan PUASA! apa maksud aku nie? haa~ meh nak bagitau. puasa ni adalah : menahan diri daripada makan, minum dan bersyahwat dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dengan niat. jangan terniat 'sikit' pun dalam hati kita, rasa nak relaks2x dalam bulan puasa nie. dah nama 'menahan diri', semestinya ade sesuatu yang bagi kita (manusia) yang susah kita nak 'tahan'. kan?

sememangnya, bulan ramadhan nie adalah bulan tahan makan, minum n syahwat la kan. so, jangan nak nge-ngada dalam hati kecil kita semua rasa nak makan, minum (kecuali nanti berbuka!) dan buat maksiat. niat 'betul-betul' start awal, dan sila jaga niat anda sampai bila-bila ok! (cakap kat diri sendiri)

** kalau nak nampak sesuatu hikmah, caranya kita tengok dengan pandangan hikmah.

Tujuan puasa ni banyak bro, bukan sikit. tapi nak ringkas, just take a few points : 

- jadikan kita hamba abdi Allah SWT, semua yang disuruh kita buat je (tanpa banyak songeh!) . 

- Allah SWT tengok kau! Rasakan dirimu Bertuhan.

- jadikan kita insan yang berkualiti, roh dan jasad.

- taat dengan hati yang suci kepada Allah SWT yang menghidup dan mematikan kita (yang datang tanpa cakap : assalamu'alaikum, nak cabut nyawa u boleh?) serius! hoho. (serius la!)

- jadilah kita orang yang bertaqwa. amieeeeen Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

jadi, niatmu itu biar benneeer dong! (keluar bahasa mat indon kau) supaya amalan kita semua diterima dan dapat setiap tawaran ramadhan. insyaAllah, moga moga aku dan korang semua dapat jadi insan yang me-realisasi-kan tujuan ramadhan!

berapa umur upin ipin sekarang?

No comments:

Post a Comment