Saturday, July 7, 2012

Ibubapa, Sijil dan Ilmu


Meletakkan Mind Set Positif adalah sangat penting dalam membina minda yang cerdas, bersih suci dan benar. Jadi, dalam menghadapi situasi dimana kita sebagai seorang anak yang kadang-kadang kurang bersetuju dengan ibubapa kita adalah dengan : memahami situasi, jiwa/pemikiran mereka dan tuntutan semasa.

Ini supaya kita lebih cenderung untuk lebih memahami dari berlawan hujah dengan membuta-tuli. Dengan meletakkan perasaan orang lain dihadapan, maka kita akan lebih disenangi dan hormati. Jadi, fahamilah kedua orang tua kita dengan sebaiknya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Kita perlu faham bahawa ibubapa kita bukanlah memperlekehkan ilmu bilamana mereka menyuruh anak-anaknya mendapatkan sijil dahulu sebelum mengajar orang atau menikahi seseorang. Sebaliknya, mereka sangat cintakan ilmu dan ingin memelihara ilmu yang akan keluar dari bibir dan pemikiran kita.

Memiliki dan tuntutan mendapatkan sijil dunia bukanlah sesuatu yang mengharamkan supaya ilmu masuk kedalam minda dan hati kita. Malah, ia adalah satu projek pengumpulan data yang baik dalam mendapatkan ilmu dan juga sijil 'sekali gus!'. Cuma, mungkin ada dikalangan kita tersinggung dengan kata-kata ibubapa kita bila mereka berkata, "pergi U nanti, jangan b'persatuan sangat nnti lambat la nak dapat Ijazah tu" atau "belajarlah rajin-rajin ye abang, nanti nak ajar orang kampung kena ade sijil"... dan macam2 lagi, yang boleh menyebabkan anak berfikiran negetif.

Tak kurang juga, ada ibubapa yang lantang dengan anak-anak berkata, "sijil tu kena dahulukan, ilmu boleh cari kat mana-mana je" atau " jangan gila nak cerdik/berilmu sangat sampai sijil ketinggalan". Ini adalah antara slogan-slogan yang membolehkan mana-mana anak pun akan menyangka, bahawa sijil atau apa-apa pengiktirafan adalah lebih penting dari ilmu yang diperolehi.

Hasilnya, anak-anak yang 'tertelan' doktrin ibubapa yang sebegini menjadikan mereka lemah dan lesu dengan ilmu dan pengajian bermanfaat, ulama' dan ibadat, kepimpinan dan masyarakat (sosial) dan pelbagai bidang tuntutan dunia & akhirat. Kalau rajin pun, itu mungkin disebabkan ganjaran dunia seperti sijil, pujian
mahupun harta kekayaan. Na'uzubillahi Min Zalik ( Mohon Allah SWT Lindungi Kita dari perkara Ini).

Ini adalah disebabkan salah bicara ibubapa dengan anak-anak mereka dan salah faham anak kepada ibubapa mereka. Sememangnya, tidak semua ibubapa yang mengatakan sedemikian itu adalah benar-benar dari lubuk hatinya atau mungkin itu cuma pandangan kosong yang mereka cuba utarakan. Kita akui ada, namun tidaklah semua.

Misalnya, ibu cakap kepada kita "along, nanti dah besar nak jadi apa?". Kita pun jawab, "Doktor". Ibu bangga dengan membalas, "bagus!". Walaupun ibu itu menyoal anak dan membuat anak teruja dengan cita-citanya, bukanlah bermakna ibu itu membiarkan anaknya meninggalkan agama. Itu hanyalah 'kata-kata'
supaya anaknya faham 'target' didunia sahaja.

Ya, sememangnya terbukti dari segi fakta sejarah mahupun realiti zaman sekarang ilmu bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan sijil atau apa-apa kertas/watikah pengiktirafan. Namun, sejarah juga membuktikan bahawa kertas/watikah mahupun sijil juga adalah suatu aset penting dalam penyebaran ilmu dan generasi yang 'Benar'.

Jadi,perkara ini perlulah berjalan sekali tanpa mengabaikan antara dua perkara ini. Ini kerana, kedua-dua perkara ini adalah 'modal' penting dalam membentuk dan miliki generasi yang memahami agama yang sebenar-benarnya. Seterusnya beramal dengan sebaik-baiknya.

Andaikata kita mengemukakan ilmu yang benar dan banyak tetapi tiada sijil atau pengiktirafan, mungkinkah kita dipercayai?. Dan kalaulah kita ada sijil namun tindak-tanduk dan apa yang disebarkan adalah bodoh dan palsu, adakah mungkin kita akan diterima orang?. Kalau ada yang percaya, itu hanyalah fenomena yang tidak diyakini permulaannya dan boleh berakhi bila-bila masa sahaja.

Pengiktirafan bukanlah tertumpu hanya pada sijil, watikah, ijazah, MA, PhD dan lain-lain. Ia adalah sesuatu yang boleh terjadi dengan pelbagai cara dan keadaan. Contohnya, yang paling hangat adalah fenomena Ustaz Azhar Idrus.

Bagaimana seorang Ustaz yang asalnya mengajar ditempat-tempat kebanyakan, dengan kuasa Allah SWT boleh diangkat darjatnya kerana ilmunya. Namun perlu kita sedar bahawa, UAI juga adalah antara mereka yang diiktiraf ilmunya dan diakui kebenarannya walaupun beliau adalah seorang yang lantang mengkritik
kerajaan. Jadi, ini membuktikan bahawa 'Pengiktirafan' adalah sesuatu yang boleh berlaku dengan bermacam-macam bentuk.

Zaman sekarang hebat, BA/MA/PhD boleh dibeli dengan harga sekian-sekian ditempat yang tertentu. Masalah besar bakal berlaku andai kata manusia seperti ini diangkat menjadi pimpinan dan orang-orang penting dalam masyarakat. Tidak mustahil juga, zaman jahiliyyah berulang kembali dek kerana kegagalan umat islam yang sepatutnya BERILMU ini dalam memenuhi hak dan tuntutan semasa.Wa-al-'iyazu billah.

Inilah tuntutan kita pada moderan ini, Sijil dan Ilmu perlulah berjalan selari. Ini agar bukan sahaja negara Islam yang dapat kita bentuk di Malaysia, tetapi juga terus menuju kepada Asatizatul 'Alam (Seluruh Dunia Jadi Islam).

Kenapa Sijil?
Sebab inilah alat sekular yang mengukur tahap ilmu seseorang selain dari hujah yang dikemukakan. Cuma alat. Ini bermakna, ia adalah satu senjata bagi Muslim mahupun Non-muslim dalam mempengaruhi antara satu sama lain. Bicara soal sekular, maka maknanya adalah melebihkan kepada tuntutan kebebasan dari soal-soal keagamaan dan yang berkaitan dengan agama. Bermaksud, ia adalah satu alat memisahkan agama dari kehidupan.

Walaupun ia adalah sekular, namun ia adalah Senjata Paling Hebat saat ini. Ini kerana, muslim yang mengambil senjata ini maka ia mengambil peluang yang cerah dihadapannya. Demikian itu adalah kerana kita MUSLIM, bukan seperti mereka yang SEKULAR. 'Senjata' hebat ini perlu ditukar statusnya kepada Senjata Kita. Bukanlah untuk kita mengiktiraf Helah mereka tapi Melumpuhkan Helah Mereka.

Pengukuhan hujah dan ilmu dengan hadirnya senjata 'pengktirafan' ini dapat mematahkan serta-merta hujah dari pihak yang mahu menentang kebenaran Islam.

Namun, pengukuran sesuatu itu tetap dengan Kenal, Tahu & Ilmu. Hebat manapun sijil atau pengiktirafan seseorang itu, takkan ada nilainya jika ilmu tiada bersamanya. Sijil hanyalah alat sangat dituntut dari zaman berzaman sehinggalah ke hari ini.

Ibubapa pula, mereka menekankan sijil dan pengiktirafan kerana mereka tahu akan keupayaan manusia. Manusia sebenarnya mampu untuk mencapai apa sahaja impian yang diingini. Keiinginan itu perlulah diiringi dengan doa, usaha dan bertawakkal.

Jadi, hal ini sama sekali tidak bertentangan dengan tuntutan untuk kita mendapatkan sijil pengajian dan sekaligus membawa ilmu bersama. Dan tidak perlu mengatakan bahawa 'ibubapa kita lebih mementingkan SIJIL dari ILMU'. Ingat, ibubapa lebih berpengalaman dalam kehidupan. Oleh itu, tidaklah menjadi kesalahan andaikata ibubapa kita tersalah dalam membicarakan hal ini. Tambahan, mereka juga manusia.

Justeru, anak-anaklah yang perlu berperanan penting dalam mengubah kata-kata dan perilaku yang baik dalam 'pengamalan' keluarga masing-masing. Beradab-lah dengan ibubapa dan hormatilah mereka selagimana mereka tidak menyuruh kita mensyirikkan Allah SWT.

**Sekadar Muhasabah Ibubapa & Anak2x. Masing-masing ada salah-silapnya. Kita Manusia Yang Layak dengan Dosa.

Sekian.

No comments:

Post a Comment