Tuesday, July 17, 2012

Cerita Senaman Aerobik


السلام عليكم ورحمة الله

search google, comelkan nenek ni. bukan mesir nie. (taksempat amek gambar tadi)

Aku telah hadiri sebuah sesi senaman aerobik di hayyu 'asyir (seksyen 10) kaherah, sempena Bazar Kasih. aku ni salah sorang ahli anggota swad ( bukan 'special weapon n tactics' ek tapi 'skuad wajadiri'), so 'boss' suruh la aku masuk. so, nak taknak memang kena masuk la kan. bertindak mengikut arahan!

first-time dengar aerobik kat mesir, macam pelik pun ade. sebab biasanya event kat sini buat futsal je untuk riadhah, kira kali nie dorang nak buat kelainan la nie ye. bagus bagus bagus. aku pun 'tanam' niat n set alarm aku, nak bangun awal esok untuk pergi sana.

keesokan harinya. (ececeh! macam la nak buat bed-story aku ni)
solat subuh, relaks jap, minum air n tetiba aku rasa 'lain'. ingat ok la mula-mula. aku pun teruskan niat aku untuk pergi bersosial sambil menyihatkan diri bersama kengkawan kat sana. 

apehal! tetiba bila sampai kat tengah jalan aduh! sakit perut. "Allah! .. relaks.. relaks.. sempat sampai ni", aku pujuk diri sendiri. (macam ye ye je  aku story). hoho. tapi rasa sakit perut aku 'bertambah tambah' daripada yang tadi. aku pun melakukan brisk walking (bajet racewalking tetiba) menuju ke masjid berdekatan. masjid kunci pulak! kenapa la kau dikunci wahai masjid.. so sad.

aku cepat-cepat ambik jalan pintas ke destinasi dan memang mind-set aku masa tu "biar dapat 'tunai hajat' dulu, aerobik no.2!". terus menuju ke rumah student terengganu, tingkat dua/ tiga (tak ingat) dan ketuk pintu sambil bagi salam tiga kali tapi takde orang jawab. aku dengan berani melangkah masuk rumah dorang, straight n no konar-konar n then 'dapat' gak tandas! gila takut aku, kalau la tak sempat tadi?! Bahaya!!! 
(takde problem okeh! jgn pikir bukan bukan)

keluar tandas dengan muka ceria, relaks buat muka sombong+bongkak tadi. haha. suddenly, (suddenly boh!) tuan rumah keluar dari bilik tepi tandas tu. aku cepat-cepat cakap " pinjam tandas ye..", dia jawab " takde hal".. lega aku, takut gak kalau dorang tanya macam macam. tapi rugi aku tak cakap gganu tadi. kalau aku cakap loghat dorang, confirm dorang ingat aku ni anak sedara lelaki melayu terakhir tiri perempuan datuk moyang cun dorang (kerabat dorang la). so, takde la syak lebih lebih sangat.

keluar keluar je dari rumah tu, 2 orang anggota swad dah sampai dan sedang mencari aku (kot). terus aku pegi kat dorang. borak- borak, gelak-gelak, pilih lagu n langsaikan niat semalam..^.^.. nama 'senam robik' ditukar kepada 'senaman kesihatan' disebabkan kesesuaian senaman yang direka. pagi tu jugak reka.. memang cari nahas punya style la. kalau silap, tak pasal-pasal buat malu tadi. susah jugak nak handle senaman aerobik ni, step-step dia memang kena rangka awal-awal sebelum datang program. pengajaran buat kitorang dan jugak penganjur sebab bagitau lewat (kritikan membina ni! aku n kengkawan pun still belajar ye).

ok. dah lah ye. moral of the story : mulakan hari anda dengan hati-hati yep, pastikan semua 'clear' sebelum keluar rumah. hehe. ala.. semua pernah rasa wei sakit perut. korang pun pernah gak sakit perut pegi skolah kan? tapi aku taktau la korang sempat tahan ke tak. hoho.

thanks for your smile..^_^.. xie xie. 

No comments:

Post a Comment