Tuesday, June 12, 2012

Rindu Sentuhanmu (Ustaz Asri Ibrahim)

Assalamualaikum...
Ustaz Asri, siapa tak kenal inilah gambarnya.


Bersihkan?

Sebenarnya, aku takpernah jumpa face-to-face dengan ustaz tapi ade 1-2 kali ikuti persembahan beliau dan rakan-rakan Rabbani dia.
Sekali masa pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Kelantan ((tak ingat tahun)), dan sekali lagi masa aku dan Baba pergi tengok konsert mereka kat Padang Perdana ((pun tak ingat tarikh)). 

Takpernah dalam sejarah hidup aku, merindukan SUARA ORANG! hilangnya Arwah siapa boleh ganti? setiap kali ingatkan beliau, rasa sedih dalam dada & rindu sangat pada suara dan sosok tubuhnya mentarbiah masyarakat dengan alunan men'didik'nya itu. pada saat beginilah, lidahku dibasahi Al-Fatihah.. kekandang mata berlinang air mata tanpa kita minta. jiwangkan?entahlah. ni la yang aku rasa sekarang. 

Akhlaknya dan keikhlasanya sangat terzahir saat dia buat persembahan, ade sinar di matanya. lagi menyentuh hati ini bila terbaca blognya yang memuji Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan mewasiatkan sesuatu kepada anak-anaknya walau dirinya sudah meninggalkan kita...Allah... rupanya masih ade yang ditinggalkan untuk kita masyarakat umum.. mungkin kerana ikhlasnya diri beliau mentarbiah manusia, Allah SWT terus kekalkan kalamnya didunia ini dengan Alunan Tarbiah dan Blog yang ditinggalkan disamping keluarganya dan Masyarakat Dunia. 

Hadiahkanlah Al-Fatihah untuk Allah Yarham Al-Murabbi Al-Fadhil Al-Ustaz Asri Ibrahim Rabbani Maliziy. Moga impian Beliau sebagai salah seorang Pejuang Agama Allah SWT iaitu ingin melihat manusia kembali mentaati Allah SWT dan bersatu AKAN BERJAYA.

Al-Fatihah..

Point : 
1) Kalau kita ikhlas, insyaAllah segalanya (yang Kita Nak) akan Allah SWT bagi.
2) Ikhlas adalah segalanya dilakukan KERANA ALLAH SWT (Lillahi Taala)
3) Allah SWT sayangkan MEREKA YANG IKHLAS.
4) Kalam/Kata-kata orang ikhlas dan tidak ADA BEZANYA.
5) Ikhlaslah!

p/s untuk Munsyid Malaysia ; 

Jangan cakap anda Ikhlas kalau masih mengutamakan diri sendiri dan periuk sendiri dari maslahah dan jiwa masyarakat lain. aku lebih respect orang tua kita yang masih berzanji di surau-surau dan masjid-masjid kerana mereka lakukan kerana SYIAR ISLAM dan IKHLAS menuntuk Redha Allah SWT. 
(janganlah terasa ye wahai para penasyid sekalian, ini cuma luahan harapan)

Aku nak sangat tengok generasi-generasi akan datang nie lebih kenal Hiburan Islam dari Hiburan Bukan Islam.

2 comments:

  1. kimi bereh.. sore sedap.. hati ikhlas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikhlas = semut hitam + atas batu hitam + pd waktu malam ... hanya Allah yg tau..yg penting kerja!

      Delete