Saturday, May 19, 2012

It's Just A Title.. But...


As-salam 3alaikum..^_^... moga sihat semua....

Baru2 nie ade orang tanya kimi, "kenapa tak bubuh gelaran 'syed' macam Dia tu (rahsia)"??... n kimi pun senyap sebab dah tau, itulah kinayah (simbolik) semata-mata, n it's just a title...but..it's can still become a doa...

Ape2pun dalam hal title/status sebagai ustaz, syed, yb, tuan guru, babo, pejuang agama, perdana menteri n lain-lain gelaran, biarlah bernilai ibadat dengan niat kerana Allah dan bukan menyebabkan kita tergelincir ke dalam lembah neraka (macam kisah nasihat seorang budak tegur imam abu hanifah sampai nangis, carilah!) na'uzubillah min zalik. Ini boleh menjadi doa sebenarnya, cuma biarlah ianya kembali kepada Tujuan sebenar iaitu Allah SWT...^_^..

Dah tu?! kimi tak bubuh gelaran kat depan/belakang nama tu kira rugi la???

Taklah, nama Ahmad Hakimi tu adalah satu doa jugak. Cukuplah dengan nama ini je untuk bukti kasih+sayang ummie dan baba kepada kimi dan bukti doa ringkas dari Pemberi nama Ahmad Hakimi nie.. ceeewwah~!..=D...

Lagipun memang tak layak la nak digelar dengan gelaran-gelaran tu..Allah SWT je yang tau status hamba abdiNya ini...

Takut jugak nanti Allah SWT tanya : "Apa Manfaat yang kamu dapat dan (faedah) bagi orang lain dengan nama ini??".................haa....nak jawab macamana tu???bukankah nama jugak satu harta dan gelaran bagi sebuah jasad?

Sabda Nabi saw: Tidak akan berganjak kedua kaki manusia pada Hari Kiamat hingga (ia) ditanya tentang :


1. tentang Umurnya, untuk apa ia habiskan?
2. tentang Ilmunya, apa yang telah dilakukan?
3. tentang Hartanya, dari mana sumbernya dan untuk apa ia belanjakan?
4. tentang Jasadnya, untuk apa ia gunakan?


**(Hr Tarmizi : Hassan Sahih) 


Just perlu kita setting dalam minda :-

Biar nama  ringkas asal jadi doa,
Biar panjang asal bermanfaat kepada semua (bukan setakat kita2 je),
Biar biasa asalkan bermakna.
Biar sempoi supaya enjoy (faham2kan..he~),
Biar la suka supaya ada barokah-Nya,
Biar steady asal jadi...^_^...(jadi Manusia Bertaqwa InsyaAllah),

dan jangan dengan gelaran-gelaran yang pelbagai n nama yang panjang berderet-deret :

Kita lupa nikmat Allah SWT yang dicurahkan setiap masa,
Kita leka kerana pujian sedang celaan yang diterima,
Kita Bangga sehingga Riak,Takabbur dan Ujub menguasai Jiwa,
Al-Quran dan Hadith bukan lagi pedoman menuju Redha-Nya,
Hanya menghina, memaki dan mengeji mesej utamanya,
Merasa diri 'Cukup' dan ketepikan masalah dalam penghuni dunia,
Tiada lagi kata-kata Hukama' dan Ulama',
Mula hilang rasa Cinta Allah dan Rasul,
Luputlah pejuangan dan keadilan yang sekian lama dilaungkan,
Bercerailah nyawa-nyawa yang tidak berdosa,
Akhirnya kemana semua itu wahai saudara?
haaa....jawab la, jangan sampai 'nanti-nanti' diseksa neraka...
atau kena belasah dengan 'neraka dunia'...
lari tak cukup tanah la jawabnya...

Bagi kimi, biarlah gelaran tu adalah sebagai Auto Title = Orang yang Bagi. Tak perlu kot nak syok sendiri, siap nak ber'syed' bagai, ikut suka hati dia je...^_^.. (jangey maroh boh! ; katanya UAI)

Jangan Salah dalam Faham Ye!!!

Bukanlah bermakna kimi menghina golongan Syed/Sayyid, yang dah memang keturunan Syed tu BERHAK la dengan title tu...

Kimi cuma tak selesa dengan sesetengah manusia yang BAIK SANGAT nie, Full Stop. Kan Allah dah takdirkan segalanya?Sama-sama fikir...



Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu, 
dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, ALLAH mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui .

**Surah Al-Baqarah (2 : 216)


**Rujuklah mana-mana kitab tafsir : Untuk membantu memahami isi sebenar ayat ini...baru best!!!...^_^...

Memandangkan entry ini cuma untuk bagitau kenapa kimi tak bubuh Syed/Ustaz kat depan/belakang mana2 laman blog/facebook/e-mail dll, so setakat nie la dulu ye...^_^...

Kalau nak tau syarat2, nama yang baik, fungsi nama dan lain-lain mungkin kimi post lain kali atau boleh la rujuk mana-mana ustaz yang pakar dalam hal nie..Hakimi nie cuma budak nakal jah, doa-doakan biar kimi jadi Soleh ek?hiiii~.....(I wanna be Soleh!)....amien...

No comments:

Post a Comment