Tuesday, March 20, 2012

Terima Kasih dalam Hati?

Ada ke Terima Kasih dalam hati???

Sebenarnya, memang dan sepatutnya "Terima Kasih" itu bermula dari hati. Namun, adalah lebih baik diletakkan "Doa" dalam hati. Kenapa?

Terfikirkah kita bila berterima kasih bahawa itu adalah sumbangan kepada Pujian.

Sekarang cuba perhatikan, layakkah manusia menerima sebarang pujian?.Bukankah Pujian adalah HAK Allah SWT sahaja?. Dimanakah Hak Manusia dalah menerima pujian?. Berhakkah Manusia menerima "Terima Kasih"?

Sebenarnya, pujian adalah HAK Allah SWT. Sememangnya, Manusia tiada hak atas pemilikan kata-kata Pujian.

Namun, Terima Kasih adalah kalimah yang tepat untuk digunakan sebagai Penghargaan. Maka, sebetulnya kita kena meletakkan Terima Kasih adalah  sebagai Penghargaan dan bukan Pujian. Kenapa bukan Pujian?

Ini kerana Pujian hanya milik Allah SWT sahaja dan Penghargaan pula adalah milik Allah dan Makhluk. Buktinya adalah Allah SWT menciptakan Syurga bagi mereka yang Muslim, inilah penghargaan atau hadiah dari Tuhan kepada Hamba. Tapi, penghargaan Makhluk kepada Tuhan tidak dapat tandingi daripada yang diberikan Allah kepada Hamba. Bukti Makhluk menghargai Allah SWT adalah melalui Iman dan Amal Soleh.

Bagaimana pula dengan Makhluk yang menghargai Makhluk?
Menghargai sesama Makhluk adalah satu daripada Ibadah. Hargailah sesama Makhluk, kerana itulah kita diciptakan.

Menghargai adalah bernilai sekiranya ia adalah sebuah Doa. Ini Kerana doa adalah penghubung antara Allah SWT dan Hamba Yang Hina. Buktinya bila kita meminta, minta kita hanya kepada Allah dan bukan kepada sesiapa. Jadi, inilah dikatakan menghargai kerana penghargaan itu dihubungkan kepada Allah SWT dengan Doa.

Maka, Ber-Terima Kasih-lah dengan Doa.

Cara-caranya :
1) Betulkan, bukan terima kasih/ menghargai dengan hati tapi mulakan dengan doa/harapan kepada Allah dalam hati.

2) Puji-pujian diserahkan kepada Allah. Katakan : Alhamdulillah, Syukur, MasyaAllah dll.

3) Zahirkan dengan kata-kata seperti : ,Terima Kasih, Jazaka-Allah Kheir dll, mahupun perilaku yang baik contohnya : membalasnya dengan MEMBERI PERTOLONGAN.

4) Doa supaya menjadi hamba yang BERSYUKUR dan BERJAYA Dunia & Akhirat.

5) Lakukan perubahan dari BAIK kepada LEBIH BAIK.

Pesanan :
Penghargaan adalah Doa. 
Doa adalah Nikmat. 
Nikmat daripada Allah SWT adalah Istimewa. 
Istimewa adalah Segalanya.

Jadi, Nak Apa Lagi?
Berdoalah Tanda Menghargai.

No comments:

Post a Comment