Tuesday, October 18, 2011

Ketenangan hanya dari Allah SWT

Serbasalah menghantui Hamba, disebabkan hamba hati seorang suci jadi tak tenang... knp la hamba ni leka sangat?!, Ya Allah, Ya Tuhan.. Bagilah ketenangan untuk hamba dan dia, agar keputusan nanti bukanlah dari nafsu dan hasutan Sang Durjana..  pandukanlah kami dengan hidayahMu, Rahmatilah Kami dan Ampunkanlah dosa2x kami dan juga ibubapa kami....

>> hamba tak dapat nak jadi yg terbaik, tapi biarlah hamba cuba usahakan untuk jadi yg terbaik... hamba hanya mampu berserah pada Allah SWT, kalau ape2x pun yg berlaku hamba tetap ada Allah SWT yg menentukan segala-galanya... Alhamdulillah...

>> hamba nak belajar Ya Allah, hamba masih perlu belajar, hamba fakir dgn Ilmu-Mu yang sangat2x luas Ya Tuhanku... jadikan hamba Faqeh wahai Tuhanku, Aku harap hari esokku akan lebih baik dari hari nie... harap sangat2x....harap sangat2x....harap sangat2x.... Redhailah hambamu ini ya Allah ya Tuhanku....

>> ingatkanlah hamba denganMu ya Allah SWT, agar hati ini selalu tenang.... ringankanlah tubuh ini menghadapMu Tuhan, agar tenang hati ini... sucikanlah hati dan diri ini Tuhan, agar tenang menjadi milik hati dan diri ini wahai Ar-Rahman.................

>> hamba Syukur kerana hamba bertuhan...Allah SWT....

>> hati ini tak kuat untuk memahami hati orang lain, kerana lain orang lain ragamnya... ajarkanlah ketenangan dalam hatiku,supaya orang lain akan tenang berhadapan denganku...

>> andaikata hamba ini pernah melukai, rawatilah hati yang telah hamba lukakan itu dan tenangkanlah hati itu dengan ingatan kepadaMu.. supaya hati ini juga tenang dengan tenangnya Hati Itu... kalau diri hamba dilukai, tenangkanlah hati ini dengan Cintakan hamba denganMu Ya Rabbi....

>>Terima Kasih ya Tuhanku...kerana jadikan aku HambaMu...

No comments:

Post a Comment