Monday, October 31, 2011

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..

>> Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.

>> Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

>> Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

>> Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

>> Jangan menyangkal kata-kata guru.

>> Jangan mengumpat pelajar lain.

>> Jangan berbisik di hadapan guru.

>> Jangan berpaling kiri dan kanan.

>> Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

>> Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).

>> Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.

>> Rujuk guru dalam memilih ilmu.

>> Jangan duduk tempat guru.

>> Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.

>> Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.

>> Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.

>> Muliakan anak-anak guru.

>> Selalu berhubung dengan guru.

>> Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.

>> Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

No comments:

Post a Comment