Thursday, August 4, 2011

Ujian Ke-2

Semalam, ujian kedua untuk malam ramadhan ke-2… lepas je selesai je solat maghrib di Masjid aku terus balik ke rumah untuk berbuka.. tiba-tiba je badan ni rasa lemah dan kepala start b’denyut-denyut, aku rasa mungkin sebab makan byk kot..hihi…jadi buat deeeek je la….setengah jam lagi nak Isya’,aku dan sorang abang bersama pegi ke Wisma Kelantan untuk Solat Terawih kat sana..

>> tengah dalam perjalanan tu,tetiba badan rasa sejuk-sejuk jee…..hai!,ni buat aku tak sedap hati nie… aku mula cakap dlm hati, “Ya Allah, jangan la demam. Takut tak larat pulak nak puasa esok dan rugi la nanti!!”… ye la, kebiasaannya bila demam ni mula la ngada-ngada nak tido je…taknak baca itu, taknak pegi masjid, malas nak buat itu/ini, then jadi la kita orang yg malas…rugi la jadi orang malas dlm bulan barokah, lagi-lagi bulan ni la dilipatgandakan pahala dan segalanya disisi Manusia dan Tuhan Kita…

>>sampai je kat Wisma, aku terus barukan wudhuk dan solat dua raka’at…time ni start ketara sangat rasa sejuk-sejuknya… aku try la tanya kawan sebelah kot-kot air-cond dia kuat sangat ke ape… kawan cakap “eh!aku tak sejuk pun, dah ok la gini”..haish!.. “aku demam ke ni!!!”,kata hati.. aku pun pegi duduk sebelah abang yg datang skali dgn aku n aku terus tanya, “Abe Ha tak sejuk ke?”.. dia pun jawab, “Ok dah nie”…hah!....habis la,jangan la demam!!!!!...................

................................Hati Terus Berharap................................

>>Disebabkan tak tahan dengan sejuknya air-cond kat Wisma tue,aku terus beralih tempat ke Rumah Kelantan Baru (RKB) yang tak jauh dari Wisma tu…aku jalan dengan harapan supaya berpeluh sikit n badan ni rasa hangat bila duk kat RKB….rupanya tak, walaupun suhu RKB memang panas dari Wisma aku tetap rasa sejuk….hmmmmm……. “Ini la Ujian untuk Hari nie”,….. Tapi aku kena kuat untuk Solat Tarawih malam tu,sebab mgkn itu adalah yang terbaik buat aku… bila aku naik ke tingkat 2,bahagian musolla,rupa-rupanya solat tarawih dah pun selesai untuk 4rakaat permulaan… jadi,aku pun buat la keputusan untuk habiskan 4rakaat berjemaah dan 4rakaat lagi aku akan buat dirumah beserta witir... Ujian Allah SWT, Siapalah yang menduga kan?... Alhamdulillah,Solatku dapat diselesaikan…

>>Selesai Solat Tarawih, destinasi aku adalah “RUMAH”….tanpa cakap banyak,aku terus balik … jalan kaki adalah terbaik untuk aku bagi memanaskan badan….. sampai rumah, aku kuatkan diri sambung solat sunatku yang berbaki…sebelum tidur, Ubat KK dari Malaysia aku capai n then baru la boleh tidur… ………Alhamdulillah... Esoknya aku sedar(untuk bersahur) dengan badan yang berpeluh,..Suhu dah normal balik...

>>aku sedar, "Ini Satu Ujian".,.Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment