Monday, August 8, 2011

I'tiqad Hamba

Hamba Ada Tuhan Hamba,
Hamba Ada Rasul Hamba,
Tugas Hamba Sekadar Hamba,
Mengabdi Diri Pada Yang Esa,

Biar Manusia kata hamba ini Sombong,
Biar Manusia kata hamba ini Kotor,
Biar Manusia kata hamba ini Hipokrit,
Biar Manusia kata hamba ini Sakit,
Biar Manusia dengan “Kata-kata Manusia”,

Kerana Manusia Cuma Manusia,
Ada Betul dan Ada Pula Silapnya,
Biarlah Mereka dengan Pandangan Sasar Mereka,
Pada hamba itu Tidak Mengapa,
Hamba ini juga Manusia,
Selalu Khilaf tika “Status Masih Bernyawa”,
Manusia itu akan tetap Manusia,
Walau Kecil mahupun semakin Tua,
Manusia itu Cuma Gelaran Biasa,

Hamba Takkan Hilang Tika Dicemuh,
Walau dicaci Takkan Hamba Jatuh,
Kuatnya Dugaan Hamba akan tempuh,
Kalaupun Cinta Dunia terpaksa hamba Mansukh,
Sanggup Hamba Jadi Permainan Musuh,
Kerana Hamba Punya Al-Quran Penyuluh,
Sunnah Pada Hadith Jadi Pengutuh,
Ulama’ Memimpin Amanah dan Patuh,

Cinta Hamba Pada Sang Pengasih,
Hamba Yakin Takdir Yang Jernih,
Korban Hamba Tiada Selisih,
Duri Memaku Tetapku Gigih,


No comments:

Post a Comment