Monday, August 22, 2011

How About Tomorrow?

Semalam ,lepas tarawih..kami pelajar-pelajar di Mesir terima kunjungan dari Pengurus Takaful Kifalah dan jugak Rombongan ( MAPIM )….

Dalam keadaan serabut dan agak mengganggu ni, perasaan Hamba utk menulis malam nie sangat-sangat kuat dek kerana Majlis Ramah Mesra kami dengan Pelawat Terhormat kami nie…. Mereka memberi Hamba Inspirasi dan Semangat untuk terus hidup sebagai Pejuang Agama walaupun dimana jugak Hamba berada…. Allah SWT……

>> Cerita yang mereka bawak dari pengalaman berjuang dibumi Palestin menggegar dan mengerakkan jiwa yang mendengarnya tadi,termasuk Hamba….Allah…




>> Bagaimana As-Syahid Sheikh Yassin (Mursyidul Am Hamas) yang dalam kondisi keadaannya yang sangat Uzur, Tua, Kurus berjuang menegakkan Kalimah Allah SWT dibumi Palestin sangat memberi kesan dalam jiwa yang mengetahuinya…. Rumahnya dibuat hanya sebagai tempat persinggahan je sebab kehidupannya lebih terluang dengan “Tanggungjawabnya Yang Sememangnya Melebihi Masa Yang Dia Ada” .. macamane dia boleh “Istiqomah” dengan Solat Berjemaah dalam kondisinya begitu???,berjalan&berjalan dalam keadaan begitu??? macamane pulak dengan hidup dia yang sepanjang masa hanya berada dimedan pejuangannya….Hanya Berjuang…Allah SWT….. Rahmati dan Redhailah Perjuangannya Ya Rabbi……….Malunya Hamba yang masih kuat dan muda ,malu…………. Ya Allah……. Hamba Nak Berubah Ya Allah……

>> Cerita seorang Pejuang yang Buta : Ustaz Taliban (nama sebenar tak pasti...) atau gelaran yg dipanggil geng2nya Abu Mujahid cerita yang suatu hari tu dia berjumpa dengan seorang Mujahid nie, kebiasaan orang Islam nie kalau berjumpa mesti la Bersalaman dan Bertegur-sapa kan?. Jadi Ustaz Taliban pun hulur la tangan nak salam dengan Mujahid tu………….. tapi Mujahid tu buat “deeeeek je!”…. Ustaz tu pun diam buat taktau je la,ye la… orang taknak salam dgn kita,takkan nak paksa-paksa pulak kan…. Tiba-tiba seorang sahabat kenalan dari bumi itu memegang tangan Mujahid itu dan menghulurkannya kepada Ustaz,tanda ingin bersalaman….rupa-rupanya, Mujahid itu seorang yang buta…..Subhanallah….walaupun buta, tapi masih tetap ingin berjuang dan merelakan dirinya menjadi Syahid…bukan seperti orang buta Negara lain (termasuklah Malaysia)… sekali Ustaz Taliban a.k.a. Abu Mujahid tanya la Mujahid Buta ni, “Apesal nak mnyusahkan diri berjuang dengan cara nie, tak susah ke?”…Mujahid tu jawab, “Wahai Sahabatku, engkau kena tahu bahawa mata aku sudah pun hilang dek kerana pejuanganku menegakkan Kalimah Tauhidku,hilangnya mataku kerana pejuanganku kerana Allah Tuhanku Yang Esa, hilangnya mataku ini disebabkan pejuanganku yang lalu…. Mataku sudah hilang, mataku sudahpun bertemu dengan Penciptanya…tapi tubuhku masih disini, tubuhku masih sihat kuat disini, tubuh ini masih gagah untuk digunakan berjuang menuju Matlamat Sejati, bagaimana mungkin hati aku rela tinggalkan mataku disana “dengan selamat” tanpa membawa tubuhku di sini bersamanya ke sana dengan selamat juga???”
…..Allah……………………………………………………
………………
………………..
………………..
……………….
………………..
………………….
............
.........
........
.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Banyak pengalaman dan cerita yang hebat dipersembahkan kepada kami tadi, pasal Pejuang/Tentera Palestin berlatih, bercangkung dalam lubang yang sempit selama 21hari, sumber makanan yang dicari dengan amat-amat susah, ternakan yang dibawa melalui terowong-terowong beribu-ribu…. Subhanallah… Susahnya hidup mereka Ya Allah…….

Ya Allah…………………… Mudahkanlah Mereka Ya Allah…………….. Senangkanlah Mereka Ya Allah……………………. Redhailah Mereka Ya Allah………………….. Kasihanilah Mereka Ya Allah……… Lindungilah Mereka Ya Allah………….. Bantulah Mereka Ya Allah…………..Kuatkanlah Iman mereka Ya Allah………… Gerakkanlah Hati Kami Ya Allah…….

Hamba Bersyukur sangat-sangat sebab Dikau Utuskan Mereka untuk Kami, memang benar bahawa Pejuang Islam nie sentiasa akan dipandang “Mulia” walaupun dihina dan dicaci asalkan Pejuang itu lakukan yang “Sehabis Baik”…

Seorang daripada Penasihat KPKM ‘10/’11 postkan perasaannya di Wall FB nya, “Menyayat hati mendengar kisah pengorbanan mujahidin di Palestin oleh Ustaz Taliban di Wisma Sultan Muhammad ke-5. Panjatkan doa buat seluruh umat Islam yang tertindas.. Alangkah kecilnya pengorbanan kita untuk agama tercinta ini.”.. Sorang sahabat Hamba comment dibawahnya, “Sehingga ada yang menitiskan air mata..sayu dan hiba.. Sungguh terkesan..” .. Allah……Allah……. Rupanya bukan Hamba sorang yang merasakan perasaan sebegini,rupanya ramai lagi mereka yang berharap agar dapat berjuang benar-benar dijalan Allah SWT….

Tetapkanlah Hamba dijalan-Mu Ya Tuhanku…Kuatkanlah Hamba,Berjayakanlah Hamba dan Kaum Muslimin&Muslimat yang lain di Dunia & Akhirat Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allahu Rabbi……….Allah…………………..Astaghfirullah-Al-‘Azim………………….


No comments:

Post a Comment