Thursday, August 18, 2011

Family adalah Inspirasi


Senang je rasa hati ni bila dengar khabar dari Keluarga dikampung…tapi jauh dalam hati Hamba terdetik sesuatu,macam ade yang tak kena je disebalik berita-berita baik tu…. Entahlah….. semua berita yang sampai ditelinga ku bila dicall,semuanya baik.. semua berita yang sampai dimata bila mesej atau dari facebook, semuanya membuktikan kegembiraan… gembira ke keluarga aku disana???... “Sesungguhnya Allah Bersama dgn Sangkaan Hambanya”, aku takkan berburuk sangka dengan Orang Lain apatah lagi dengan keluarga yang tercinta (prinsip!!!)…. Semoga Keluarga-keluarga Hamba di Malaysia gembira dengan hidup mereka dan berusaha untuk terus hidup sebagai Seorang Hamba yang Setia pada Kekasih Agungnya….

>> Setiap keluarga yang berada disekeliling aku setakat nie selalu bagi support dalam ape je yang aku nak,termasuklah keputusan nak datang Mesir nie… SETIAP KELUARGA???, aku ade berapa keluarga sebenarnya?..kira jap...

1) Firstnya tentulah Keluarga Kandung,
2) pastu Keluarga Mama,
3) Keluarga di Kg.Ber (Orang Asli),
4) Usrah Ikhwan&Mawaddah + Keluarga Mereka,
5) Keluarga Advice n Supporterzz,
6) Geng Form5 tahun2008 + 6 Bawah 2009 terbaek!!,
7) Keluarga Ex-BDLKP MAIP,
8) Adik-adik Nasyid MAIP
9) dan Keluarga Nasyid (Are-Buddy n Anak Buah & Suffian)…


>> Alhamdulillah…baruku tahu begini ramai bila dikira-kira yeee…^_^….Alhamdulillah…..


>> Bila dikira macamnie baru tahu yang aku ni sangat beruntung bahawa ade keluarga yang baik macam mereka dan sedar yang aku nie banyak tanggungjawab sebenarnya… tu masih tak detailkan tu macam latar belakang mereka & dll, …..Allah…….


>>Berapa tahun lagi ye agaknya aku nie akan tinggal dibumi asing nie??, sedikitnya aku baru ambil manfaat dari Mesir Al-Kinanah ini…boleh ke aku nie jadi Brand Baru di Malaysia yang dapat bawak Islam yg Sempurna nie??.. Dengan Mujahadahku yang lemah nie, boleh ke aku tangani masalah Masyarakat Hamba yang pelbagai tu Ya Allah?!.. Masih banyak yang perlu dibaca dan dihafal... diteliti dan difahami.. dihayati lalu diamali…


>> Amalkan apa yang dipelajari sangat-sangat penting,klau tak…………………………..Musibah!!!.....................

Kuatkan Hamba Ya Rabbiy…
Hamba Lemah, Perlu Bimbingan..
Hamba Miskin, Perlu Pengisian..
Hamba Hina, Perlu Pengorbanan..
Hamba Kotor, Perlu Penyucian..
Hamba Rosak, Perlu Pemulihan..
Hamba Takut, Tolonglah Kuatkan..
Agar langkahku tak longlai, tak lemah dan bukan Debu yang Ditiup Bayu Yang Berderu…


>> Moga Hati nie tetap di Jalan-Mu, Moga Tanganku Dipimpin Taufiq-Mu, Moga Langkahku Terus Ke Redha-Mu, Terus Mengetuk Pintu Syurga-Mu, Terus BerTuhankan Dikau Wahai Allah SWT, Tuhan Agungku …


>> Bagaimana boleh aku membalas budi Family?.. Cukupkah hanya Muhasabah dan Ucapan T.Kasih sahaja??.. Cukupkan dengan Doa dan Pengorbanan Sahaja???... Hanya Allah SWT yang dapat Membalas Segala-galanya….T.Kasih Ya Allah kerana masih “Simpan” mereka untuk Hamba…. Allah……


>>Alhamdulillah Ya Allah, Ya Rabbi… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

No comments:

Post a Comment