Thursday, August 11, 2011

Didik Hati di Facebook


Fikiran aku bercelaru la sekarang,taktau sebab ape… mungkin disebabkan beberapa sebab yang aku tengok 2-3hari ni kot…entahlah….

1 -Kes bertikam lidah dlm FB la,…
2- Kes berpakaian macam telanjang la,…
3- masalah hati, (makan hatipun ade)…
4- dan risaukan diri yang masih lagi tak kuat hadapi dugaan dalam Barokahnya Ramadhan…


Baiknya aku Fokus satu je…. aku ulas yang Pertama la ye….


>> Yang first tu pasal tragedi bertikam lidah dalam FB, berlaku antara Senior dan Junior Al-Azhar sekarang… aku tak nafikan yang ade je mereka-mereka yang bergelar Azhari ni yang kureeng sikit adab dan hormatnya (..kebiasaan kes gini cenderung kpd Junior la..), tapi jangan la sampai tempat yang dah sedia “Damai” diporak-perandakan… bukan la niat hati ni nak marah ke ape,tapi biar la kita ni buat keje-keje orang cerdik je…dah-dah la tu buat hal-hal orang Jahiliyyah, bergaduh depan orang ramai (tak malu), siap guna kalimah-kalimah keji lagi… nasib baik la diorang bertekak kat wall pelajar-pelajar di Mesir (at lease, kami faham style student kat Mesir ni), ade la jugak orang yang ‘alim tolong mencelah dan memahami situasi… bila kita guna emosi, takkan selesai masalah-masalah kita ni…jernihkan minda, ambil pendekatan Islam.. tak payah la nak maki-hamun orang nie, TAK BAIK… (habis kat nie je, harap faham)..

**pandangan secara umum :-

- kalau kita “Betul”, terima la dengan baik pandangan orang.. tolaklah pandangan-pandangan orang yg kita “RASA” salah tu dengan baik.. takyah la hina orang…tak semestinya KITA BETUL tapi ORANG LAIN SALAH.


- Bila Terlalu Banyak Jawapan, Maka Akan Hilanglah Kebenaran… Tak semestinya setiap statement yang diajukan kepada kita, kita kena balas….cukuplah sekadar kita bercakap yang benar-benar je,tanpa “nada-nada” yang mengejek… kalau tak, “DIAM”…


- Orang kat luar sana yang Cetek Ilmu Agama pun mampu cipta suasana “Harmoni”, ini pulak “Student Al-Azhar”…cuba faham situasi, sepatutnya Kita Bina Keharmonian dan Membaiki Keharmonian Sedia Ada dengan Ilmu Islam bukan Merosakkan Keharmonian…

- Amalkan cara dan adab berdialog yang betul.. salah satu adabnya, kalau kita “Salah” katakan yang Kita Salah.. (tak payah syarah panjang kot, carilah sendiri cth : Adab Berdialog/Hassan Al-Banna & dll). hayatilah (QS 2;216), supaya kita lebih Taat dan Ikhlas...


- Buang Yang Keruh & Ambil Yang Jernih.. Respect Each Other n Forgiveness, insyaAllah damai je rasa… (tambahan dlm bulan Ramadhan Al-Mubarak).


- Doa adalah Hadiah istimewa untuk Ummat Rasullillah SAW…berdoalah… Mintalah supaya apa yang kita bincang adalah bermanfaat (bukan sia-sia) dan mendapat Redha Yang Mahal…


**Hanya Pandangan Si Fakir yang perlukan Ketenangan dlm Pembelajaran…^_^…
“Manusia : Tak lari dari Silapnya, yang Penting selalu Waspada, Taubat dan Jadikan Islam The Only Way of Life” - Peace -

No comments:

Post a Comment