Monday, August 1, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!!!!..........


Ramadhan dah datang, semoga Ramadhan kali nie lebih baik dari Ramadhan sebelum ini. Semalam, ujian Allah SWT yang pertama datang mencuit aku. Satu mesej dari Malaysia sampai, katanya : (tak boleh bgtau ar, bahaya)..ia adalah mesej dari seorang sahabat aku diMalaysia, Terkejut aku!!!……aku hanya mampu husnu zhon(bersangka baik),supaya hati aku tak dikotorkan dgn benda-benda macam ni – dalam hati “Dia Salah Mesej nih!, Ini Ujian!!, Astaghfirullah!!! ”

- Astaghfirullah....inilah Ujian Kecil Pertama untuk Awal Ramadhanku…
- Moga Dikuatkan Iman ini untuk ujian ini dan seterusnya,Bantulah Aku Melawan Nafsu… Ya Allah…

>> Inilah Bulan Puasa,dengan kata lain inilah “Bulan Menahan” iaitu pada siangnya dan jugak untuk malam…

>> Dalam bulan nie, kita dituntut untuk “Break!” dalam beberapa yang biasa kita buat time dulu-dulu. . . Contohnya kita kena menahan diri dari makan, minum dan lain-lain.

>> Baru-baru nie,Sheikh Usamah turun ke Rumah Kelantan Baru dan Beliau sangat suka berkongsi bahawa :-

- Al-Imam Ghazali Rahimahullah menyatakan bahwa puasa manusia itu 3 jenisnya :

1-Puasa Umum, yakni sekadar menahan lapar & dahaga.
2-Puasa Khusus, yakni menahan lapar dahaga serta maksiat anggota badan.
3-Puasa Khusus Khusus, yakni menahan lapar & dahaga, menahan dari maksiat anggota badan, serta menahan hati daripada melakukan maksiat.


>> “Beribadahlah, sehingga Kau Letih Nak buat Jahat”..

>> Klau nak cerita pasal bulan puasa nie memang banyak Sejarahnya, Kebaikannya dan Hikmahnya macam Firman Allah SWT dalam Al-Quran Al-Kareem, terjemahannya :-

- “ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia….”


*then,jom kita sama-sama jadikan Al-Quran sebagai pendamping yang rapat khusus untuk bulan nie… dan smoga ia menjadi peguam untuk kita di Hari Perhitungan nanti.. Jadikan jugak bulan nie sebagai starting kita supaya lebih mendekati Al-Quran dan dapat Istiqomah (Berpendirian Tetap) mendekatinya sehingga hujung nyawa kita… Semoga Allah SWT membantu kita…..

>> Biah di Malaysia mesti bestkan?,ye la kita bersyukur sangat-sangat sebab ade jugak setengah-setengah tempat kat Malaysia ade Suasana Solehah dididik dalam beberapa aspek macam : Makan Bersama, Solat Bersama, Tarawih Bersama..

>>tapi ade jugak kes-kes yang tak baik kita amalkan macam kebiasaan Orang Melayu kita nie bila membeli Juadah Berbuka, jgn mengikut nafsu atau kemahuan perut sangat…nanti mula la Bab-bab Pembaziran berlaku….ingat!, membazir tu amalan Si Syaitan Yang Jahat Lagi Hina!!!....

>> Kepada Family-familyku di Malaysia Tersayang!!!!......Selamat Berpuasa, Semoga Bulan Ini menjadikan kita seorang Yang Baru iaitu yang lebih cenderung kepada perkara yang positif yang mengingatkan kita kepada Tujuan Penciptaan Kita dan Wujudnya Allah SWT.. Kalau Kita Tak Boleh Nak “Nampak” Allah SWT, Allah SWT “Nampak” Kita….Allah SWT Maha Melihat!!!... Ramadhan, Bulan anugerah Allah SWT kepada kita… Jangan Sia-siakan yap!!!

>> Yuk Kuat!!!!!!!!!!!............

Inilah Madrasah, Inilah Anugerah…Ahlan Ya Ramadhan….
Aku Disini mencari Jiwamu Wahai Ramadhan Yang Mulia,
Tarbiahlah hambaMu ini Ya Allah…
…..Alhamdulillah………

No comments:

Post a Comment