Sunday, July 31, 2011

Salam Rindu - Untuk Ibuku Yang-3

Salam rindu…
Ibu, maafkan salah-silapku,
Adakala melampau,
Hadirnya sikap takku sengaja,
Sungguhku tak sengaja..
Dulu pernah ku ucap,
akanku pergi”,

Masihkah terngiang lagi ayat itu dimindamu?,
Aku tahu..bimbangnya hatimu,
Sedihnya dirimu,
tiada niatku ucapkan selamat tinggal,

Ayatku kerana pengajianku,
maafkan…diriku..
si anak ini .. tidak tahu .. hati seorang ibu,

Namun hati anak juga.. pernah merasai..
lembutnya tanganmu.. yang mendidik..

Syukurku pada Allah
ikatan kita ditakdirkan,
Semoga hubungan ini,
Kerana cinta Allah.. Yang Maha Mengetahui…..

No comments:

Post a Comment