Saturday, May 7, 2011

Jangan kahwin wanita ini!..

by Oh! Islam on Thursday, May 5, 2011 at 10:39pm
Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam sifat ini, 1. Jangan yang AL- ANANAH, 2. Yang AL-MANANAH, 3. yang AL-HUNANAH, 4. jangan engkau kahwini yang AL-HUDAQAH, 5. yang AL-BURAQAH dan yang 6. AL-SALAQAH.”

Wanita Al-Ananah:

* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup)

Wanita Al-Mananah:


* Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"

* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.

Wanita Al-Hunanah:
* Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”

* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Al-Hudaqah:

* Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. (Contoh: jika dia nak baju, dia nak juga sehingga memaksa suaminya supaya beli juga)

Wanita Al-Buraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
3) Wanita yang sibuk berdandan dan bersolek

Wanita Al-Salaqah:

* Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Glosari:
1. Lagha : sia-sia

No comments:

Post a Comment