Saturday, May 28, 2011

5 Hari Kesihatan Hilang

Bila sakit baru la kita tahu bhawa nikmatnya sihat itu… 5 hari aku sakit menyedarkan aku bahawa sihat itu sangat penting dan Allah SWT sangat sayang pada hamba-hambaNya wlaupun diri ini banyak sangat2 dosa…
 Astaghfirullah Al-‘Azim............

Hari Pertama
Sabtu : Time tu subuh, “Allah!,SAKITNYA!!!”(hatiku berbisik)….badan tak boleh nak dikuatkan,kepala rasa berat sangat dan perut rasa lain macam…aduh!,habis la…”Aku sakit ke?!,kelas esok…nampaknya….”…hati nie jadi hampa…….baru je dapat motivasi untuk terus pejuangkan Pedang Harapan……..kebetulan,haritu aku tinggal keseorangan(room-mate pegi tido rumah kawannya) jadi aku kena kuatkan badan,usaha3x mcm orang nak beranak(bukan untuk beranak tapi untuk bangun dan tunaikan solat)…Seksanya!,nak jalan punya la susah mcm ade benda yg tersekat dilipatan paha.kaki rasa ringan tapi sakit dilipatan membataskan pergerakan……haritu,terlalu banyak aku ulang-alik masuk tandas kerana keadaan perut yg tak berapa selesa sampaikan aku sendiri tak ingat berapa kali la aku masuk tandas aritu,dalam keadaan badan yg sejuk+panas,p’gerakan yg menyusahkan dan kesakitan yg teramat sangat,aku ulang-alik dari tandas ke bilik….air pulak musim-musim ni masih lagi sejuk,Allah SWT je yang tahu……….haritu,aktivitiku cuma : solat, ke tandas, makan dlm mual2, makan ubat dan tido… ringkaskan?!,tapi ……..SEKSA!!!

“SEKSA LAGI AZAB NEREKA…ALLAHU AKBAR!!!”

Hari Kedua
Ahad : Pagi yg sedikit selesa kerana malam tadi badan aku mula berpeluh,Alhamdulillah….tapi hariku masih tiada perubahan,masih menahan sakit kepala, badan yg takselesa, mula sakit dada, loya sepanjang masa, susah gerakkan kaki (klau nak alihkan kaki,guna tangan), makan beberapa suap dan yg lain mcm semalam……..Harini agak banyak bergerak sebab harini adalah my duty untuk masak, badan berpeluh lagi(..Alhamdulillah..)..aku online kejap.. N then selesai makan dan solat aku pun on kipas n duduk kat tempat tido, tiba-tiba!!! Badan ni perlukan tempat bersandar dan kepala kembali berat “semula”,(menyesal bukak kipas!)..gelisah sehingga ke Asar..selesai solat, aku pun rehat…

“INILAH TAKDIR-NYA,JANGAN DIUNGKIT DAN JANGAN DITOLAKNYA”



Hari Ketiga
Isnin : Walaupun badan kembali berat dan tiada daya, tapi Alhamdulillah kaki kuat untuk diangkat lebih tinggi dari sebelum ni (..Alhamdulillah)…selera makan masih macam biasa (dalam loya-loya je) dan aktiviti seperti hari Sabtu (hari mula-mula sakit)…aku mula bagitau kpada umi jua mama…………

“INGATLAH ALLAH SWT, HAYATILAH SIRAH RASULULLAH, JAGALAH KELUARGA KERANA ALLAH SWT”

Hari Keempat
Selasa : Badan rasa sedikit ringan dan denyut-denyut kat kepala agak sedikit kurang terasa….Alhamdulillah kesihatan kembali menyapa dan semangat kembali ke kuliah dah dipasang awal2..entah masa+mana, perut mula buat onar dan haritu adalah hari yg paling kerap aku masuk tandas selama ku sakit……………..kuliah, GAGAL!.............

“PERANCANGAN ALLAH SWT ADALAH TERBAIK, KERANA SETIAP SISI TAKDIRNYA BERHIKMAH DAN BERRAHMAH”

Hari Terakhir
Rabu : (Dua Pergi,Dua Disisi) = Sejuk+Panas sudah tiada, kepala kurang terasa denyutan, kaki masih perlu bantuan tangan, dan dada masih menusuk usus2 dan organ dalaman (loya)….dah habis dua papan makan ubat KK,badan sentiasa bersama baju sejuk dan Cik Sara (Saratoga = Selimut Tebal)..Alhamdulillah harini peluh keluar lagi….


“SYUKUR TANDA TAAT, NIKMAT DAN RAHMAT”

Hari Khamis dapat jugak pi kuliah, walaupun sakit perutku mula menyerang kembali haritu… tawakkal,Alhamdulillah…Allah selamatkan hariku itu dan dapat bersama sahabat-sahabat lain buat Usrah petang hingga malam dan beriadah pada keesokannya. ………………….ALHAMDULILLAH………………..

No comments:

Post a Comment