Saturday, April 23, 2011

Muzik

Muzik adalah satu wasilah untuk menggerakkan hati yang keras supaya ingat siapa Al-Khalieq, satu uslub melembutkan hati untuk menangiskan hati yang kering airmatanya. Mencelikkan seketul hati juga dapat dilakukan kerana indahnya akal manusia yang Allah cipta & kurniakan kepada manusia untuk mencipta….Allah Maha Bijaksana….manusia boleh berubah dengan muzik, manusia boleh menangis kerananya,lembut kerananya, jatuh cinta,hiba,kecewa dan banyak lagi perasaan lain yang diharapkan dengan rasa dan perasaan itu akan membuahkan ingatan dan seterusnya merubah manusia kembali kepada Yang Maha Esa….
Namun muzik juga bagi aku dapat mengubah manusia itu kepada suatu keadaan yang lebih teruk lagi dari keadaan sebelumnya(keadaan jahil manusia itu),ini adalah disebabkan faktor2 tertentu. Dan ini dapat kita tahu dari fatwa2 setengah ulama' yang mengharamkan muzik,dah tentunya pengharaman itu kerana beberapa faktor dan sebab. Jadi selaku hamba kepada Allah SWT,kita (antara yang mendengar muzik) sememangnya perlulah mengambil berat tentang hal ini agar tidaklah kita lalai dari mengingati Allah… Tidaklah salah untuk mendengar muzik,kerana hukum asalnya adalah harus dan dibolehkan. Akan tetapi waqi’ sekarang, boleh jatuh hukum haram kerana banyaknya kelalaian yang berlaku disebabkannya(muzik).bukanlah maksudku,aku mengharamkan muzik tetapi “boleh jadi”. Ini bermakna,ia terletak pada bahu individu itu sendiri samada niatnya kerana Allah atau apa….

No comments:

Post a Comment