Saturday, April 23, 2011

I'm going to Egypt


Sebuah tarikh bersejarah dalam hidup aku,dimana aku dan 63orang pelajar-pelajar dibawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dihantar ke Mesir untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda. Rombongan aku ni merupakan rombongan ke-2 selepas rombongan pertama pada 20hb yg lalu….

Masa pagi tu,aku ingat lagi time duk kat Air Port,fuh ramainya orang!!..baru pelajar,yang menghantar lagi lah ramai…...aku terfikir,”dengan diorang ke yang akan aku berjuang disana??”…mungkin,tapi aku harap kehidupan di Mesir nanti perubahan yang besar perlu aku lakukan..hmmm….hari tu yang hantar aku di Air Port Peng.Chepa 3orang, Umi, Baba dengan Abang dan ada Abe Hadi, sahabat2 karib, adik2 usrah…

Banyak peristiwa indah yg berlaku masa nie....indahnya sebuah tangisan,hinanya aku disisi Tuhan, Sayang dan Kasihnya aku pada Makhluq Ciptaan....semuanya adalah kenangan...........Takkan Aku Lupakan........Bi Iznillah.....insyaAllah.............

Kenangan adalah sesuatu yg indah,
Indah lagi kalau ianya berbuah,
Harapan hati “kekal jalinan ukhuwwah”,
Tersimpul erat menyemai Mahabbah….

Janji dulu Ku ingat selalu,
Pesanan itu menyuluh jalanku,
Bara ini akanku jadikan debu,
Dek impian kita yang Satu…….

Pertemuan itu kerana Allah SWT,
Berpisah ini jua kerana-Nya,
Ketemu kita sekembali pulang,
Berjuang meraih Kasih Redha-Nya..

No comments:

Post a Comment