Saturday, July 10, 2010

Pengertian Syukur

Syukur adalah rasa berterima kasih pada Tuhan.

Kita berterima kasih atas pemberianNya, iaitu nafas kita, kesihatan kita, keluarga, kewangan, kawan-kawan, harta benda kesayangan kita dan bermacam-macam lagi yang dikurniakan kepada kita. Syukur bermaksud kita berterima kasih pada Tuhan kerana memberikan kita semua itu hari ini.

Bagaimana kita nak bersyukur? Lakukannya simply dengan memejamkan mata, berdiam diri seketika lalu menghadirkan rasa berterima kasih di dalam hati.

Hadirkan rasa berterima kasih itu seolah-olah kita menerima satu pemberian yang amat menggembirakan. Menjadi orang yang selalu mengucap syukur akan membuat kita merasa bersemangat sentiasa. Ucapkan terima kasih atas segala pemberian Tuhan dalam hidup Anda.

No comments:

Post a Comment