Thursday, December 10, 2009

KENYATAAN RASMI ADVICEGROUP

Firman Allah bermaksud { Fitnah itu lebih besar (dosa) daripada membunuh }
Dan firman Allah lagi bermaksud { wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasiq membawa berita maka selidiklah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu } 49 : 6
Dengan ini kami ADVICEGROUP merasa terpanggil untuk menafikan bahawa individu yang mengguna nama Advice Crews dalam ruangan chat Bual@Sahabat Advice bukanlah kalangan kami, bukan anggota kami dan tidak pernah terlibat dengan ADVICEGROUP.
Kami melahirkan rasa dukacita dengan segala kenyataan beliau yang seperti menfitnah dan memburuk-burukkan maruah dan reputasi kami.
Beliau seperti mahu menasihati kami, tapi adakah betul cara nasihat dengan menggunakan (menyamar) sebagai salah seorang ahli ADVICEGROUP dan mengunakan bahasa-bahasa yang tidak sewajarnya digunakan oleh seorang yang ingin memberi nasihat.
Lebih mendukacitakan beliau menggunakan hujah-hujah berdasar kepada sejarah Islam yang tiada kena mengena dengann tuduhan dan fitnah beliau.
Ketika mana kita mempunyai matlamat yang sama dalam industri nasyid masih ada manusia-manusia mempunyai niat yang tidak baik.
Dalam membawa mesej dan pendekatan dakwah melalui nasyid dan lagu-lagu berunsur nasihat, kami ada cara dan pendekatan kami sendiri. Kami menghormati cara dan pendekatan sahabat-sahabat penasyid. Demikian juga kami juga mengharap cara kami diterima dan juga dihormati.
Kami sememangnya mengalu-alukan pandangan dan tunjuk ajar daripada semua pihak, tetapi bukan dengan cara yang tidak berhemah, mencerca dan menjatuhkan kami.
Apa pun kami mengambil sikap berlapang dada dan menganggap ini adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran bagi kami. Moga kami mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Wassalam dan Terima kasih.

No comments:

Post a Comment