Monday, November 9, 2009

Kerana Mulut

Assalamualaikum..Satu isu yang sangat releven setiap masa dan ketika iaitu kerana mulut. Peribahasa ada menyebut kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa dan kerana mulut juga boleh tentukan samada natijah kita syurga ke neraka. Apakah paradigma songsang tentang mulut?. Kadang-kadang kita tak parasan ada pemikiran tak betul tentang mulut nie.. Apakah dia kes dan masalah mengenai mulut tak betul nie, apa salah lidah kita?..Bagaimana kita nak menangani masalah mulut?..jom kita bincang sama-sama..teks nie saya petik daripada kata-kata Dato' Dr. Fadzilah dalam rancangannya di Astro Oasis.


PARADIGMA SONGSANG TENTANG MULUT dan SEDIKIT PERSOALAN
1. Apa nak buat?,Allah jadikan saya banyak mulut
2. Semua orang ada masalah mulut,biasalah…
3. Kita cakap perkara yang betul, bukan mengumpat.
4. Kalau menipu orang itu kepada saya, maka menipulah saya kepada awak..
5. Mana ada dalam dunia ini orang yang tidak berbohong.
6. Salah ke cakap keburukan orang lain, sedangkan ianya benar?ha….
7. Macamne dengan orang yang bercakap tapi tak buat sepenuhnya?,di kira jahat mulut jugk ke?? (cakap tak serupa bikin)..
8. Suami cakap kasar kat umah tapi kat luar “lembut gigi dari lidah”….
9. Suka berfikiran negetif n selalu je cakap.. “kalau buat nie,memang tak boleh punye”… (The bringer of bad news”…
“Buatlah apa yang Allah suka walaupun orang benci, jangan buat apa yang Allah benci walaupun semua orang suka”.
Kes Masalah Tentang mulut:-
- mulut murai (banyak sangat cakap)
- mengumpat
- mulut lazer
- berbohong
-batu api
-memfitnah
-pecah rahsia
- bahasa kesat
-takabbur
-sindir (bukan pada tempat)
-suka berdebat
- cakap benda tak penting
- cakap kotor
- lucah
- kutuk
-hina
-ketawakan orang
- mungkir janji
-bukak mulut
(Ingat! Kalau semua ni ade kat kita, sah laa kita ni hati kotor. Sebab hati kawal minda dan minda yang kawal mulut. Dari situ kita dah boleh tau n confirm mereka itu terdiri daripada mereka yang kotor).
Sabda Rasulullah : “Punca masuk neraka melalui dua lubang, iaitu mulut dan kemaluan”.
Sabda Rasulullah :“Kesalahan anak Adam yang paling banyak terletak pada lidahnya”.
Sedikit tips yang dapat dikongsi
1. -Sabda Rasulullah : “Barangsiapa yang diam, nescaya selamat”.(HR At-Tirmizi)
-Peribahasa Arab:-
Belajarlah untuk diam kerana “Diam itu emas,dan berkata yang baik2 itu berlian dan mutiara”.
2. Banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya Allah jadikan kita orang yang jaga mulut.
3. Bercampur/bergaul dengan mereka yang baik2, yang menjaga mulutnya, yang tak suka mengumpat sebab siapa kawan kita akan merangsang siapa kita.
Kalahkan syaitan dengan menjaga mulut dan banyak minta nasihat.

No comments:

Post a Comment