Friday, December 23, 2016

Sterotype Punca Menyampah

Assalamu ‘alaikum..

Semakin kita tua, kita didedahkan dengan pelbagai perkara yang asas dan tunjangnya perlulah based on agama. Sterotype (berulang-ulang) adalah perkara yang berlaku dalam dakwah sekarang dan pastinya ada pros and cons. As a muslim, agama is asas untuk kita memahami segala yang terbaik untuk hidup dan dengan asas ini juga sesuatu perkara dikembangkan. Namun, dalam berasaskan agama kekadang wujud perkara yang sterotype sampai orang atau diri sendiri jadi menyampah. biasa alami tak? biasa terjadi bila orang itu suntuk fikiran (baca : jahil) dan cuba try test acah-acah 'alim.

Sudah tentu tiada kompromi dalam asas-asas mahupun hal-hal berkaitan agama, tapi dari sudut pendekatan atau metode yang digunakan biasanya agak susah untuk memuaskan hati semua pihak. Sebab itulah, setiap apa yang kita cuba lakukan dan eksperimen perlu bersesuaian dengan target dan diri kita. Contoh, saya menulis posting terbaru dalam blog ni la.. memang nak tergelak la kalau baca apa yang kita tulis, dengan gaya bahasa dan perkara yang dibincangkan.. tapi atas faktor usia, pembaca baru dan target yang baru, maka mengalih cara menulis posting adalah terbaik walaupun beberapa perkara masih sterotype.. ^^

Yes, sterotype boleh jadi satu identiti seseorang contohnya cara gelak, penulisan santai, smiley dll. Biasanya tiada masalah sangat dengan perkara-perkara begini. Sterotype yang saya cuba sampaikan disini adalah sterotype dalam dakwah yang membawa kepada rasa menyampah. Antara sebabnya adalah sterotype dakwah itu terlalu cliche, serkap jarang (tuduh sebarangan), setengah tiang (gila-gila), mengadu domba, ayat nak bombastik sahaja dll.

Antara perkara baru yang senang nak naikkan nama dan penulisan itu dibaca sampai habis sekarang adalah dengan kita buat gimik mengkritik individu. macam goreng pisang panas wooo.. lebih parah lagi, ulama' yang dikritik dan yang menulis atau yang mengkritik adalah Ustaz PhD. siapa la tu ye? ^^ jangan maraaaa aaaa..

Perkara sterotype-nya adalah apabila perangai mengkritik ataupun perangai-perangai lain dalam penulisan itu diluahkan 'sokmo', sampai menjadi perkara yang cliche. omg! 

 
DZN


Antara input daripada penulisan Dr. Muhammad Atiullah yang boleh disimpulkan,

Kita semua as a muslim faham, sekarang dunia ini dikenali sebagai dunia fitnah/ zaman fitnah. Mungkin perkara yang kita anggap sterotype adalah boring, tetapi pada sudut lain ia mungkin perkara peringatan yang perlu kita bimbangkan. Dakwah seharusnya disampaikan samada disukai, dibenci, segar atau bosan, namun ia bukanlah alasan untuk kita jadi cliche. Fokuslah pada perkara utama dalam dakwah iaitu contain, sesuaikan dengan keadaan semasa dan kajilah dengan sebaiknya. Kemudian barulah fikirkan metode n skills supaya penyampaian tidak sterotype dan seterusnya membawa kepada Dakwah Cliche.

Itu sahaja, sebenarnya penulisan ini hanya untuk golongan yang berfikir secara simplistik yang menjayakan fitnah yang kian tersebar. Tetapi telah diubah sedikit untuk manfaat dakwah bersama.

Pesanan : Doa untuk saudara yang ditindas adalah perkara yang disusuli dengan tindakan dan usaha, berlumba-lumbalah kita dalam melakukan kebaikan.

#Menerang_Bukan_Memerang
#Nasihat_Untuk_Diri_Sendiri
#Yakin_Dengan_Ketegasan_Berdekad_Ini


Friday, April 1, 2016

Facebook di Tembok Ego


Assalamu ‘alaikum..

smile without smiley
Tiada istilah along dalam keluarga, kalau bukan amanah yang dipikul. Tiada istilah ibu andai kritikan, persepsi itu lebih banyak daripada galakan kebaikan. Tiada istilah kakak bilamana jiwa tabah tidak mendasari seiring taqwa. Tiada istilah adik disaat jiwa kosong dihiasi dunia, sedang dia tidak sedar dunia semakin meninggalkannya.

Semuanya atas nama agama. Yang didengar, yang dibaca, difikir logik itu bukan lagi agama sehingga selari dan selaras dengan alQuran & asSunnah. Telitilah asal bicara dan tindakmu.

Along fikirkan amanah apa yang kamu pikul, ke syurga atau jelas ke neraka? Ibu selidiklah bebelan kamu, difikir ikut wahyu atau bebelan yang dianggap ‘sudah biasa’? Kakak fahami pergantungan kamu selama ini dimana? jangan tergantung ditali dunia! Adik hayati dunia dengan panduan sebuah ‘pedoman warisan’ bernama wahyu, mati bakal memisahkan kamu dengan dunia selesamu.

Facebook berjaya mewujudkan tembok ego dalam dunia seluruhnya. Yang bercerita terus bercerita. Snap gambar dan ditulis status, semua bicara hanya sekitar diri sendiri semata. Ish! Bukan nak kata tak elok atau takpatut tapi setiap perkara itu ‘masih ada masa’.

Yasmin Mogahed, kritikanmu sangat bernas. Terima kasih.

                Berkongsi pengalaman dan kegembiraan hidup dengan orang lain adalah sesuatu yang mulia dan perlu dipuji. Namun terlalu obsess dengan diri sendiri, semua perkara ingin di-update-nya tanpa diselit status untuk kebaikan bersama adalah sesuatu yang zalim.

smile without smiley
                Dunia ini dimamah usia, namun facebookers banyak yang wahn: hubbu-d-dunya wa karaahiyat-ul-maut  (cinta dunia dan takut mati). Orang beriman tidak takut pada mati, yang dirisaukan adalah alam selepas mati. Bagaimana timbangan pahala dan dosa, lepaskah ketika menghadapi titian sirat, adakah rasulullah mengakui dia sebagai Ummat Muhammad, redhakah Allah Taala padanya?

Nasihat dan pesanan istimewa terbentang depan mata, namun perubahan drastik itu bukan yang dituntut. Fikir dulu berdasarkan wahyu, rujuk yang belajar tentangnya, kemudian baru nilai sematangnya.

Jadilah along, ibu, kakak dan adik yang baik untuk ahli keluarga kamu yang besar dan keluarga yang terbesar. Sedang aku gunakan kalimah along, ibu, kakak dan adik itu cuma contoh yang menggambarkan status umum yang dikaitkan dengan institusi keluarga, kepimpinan dan lain-lain. Maka, pandai-pandailah kalian kaitkan dengan apa disekeliling kita.


Terlalu banyak yang boleh dikritik untuk facebook, namun jangan dinafikan kebaikan yang ada padanya. Facebook boleh jadi pisau yang digunakan untuk potong bawang, sayur, daging. Namun, facebook juga boleh jadi pisau yang digunakan untuk membunuh, menoreh dan menikam. 

Wa Allahu A’lam.

#SmileIsSunnah
#Jum'ahMubarakah

Saturday, May 3, 2014

Didik Hati Tapi Diagnose dulu! ^^


Assalamu ‘alaikum..

KPKM Sesi 2012/2013 - it's just the beginning! ^^
   Dalam menjalani hidup sebagai seorang daie (Penyeru kepada Allah), semestinya kita kena menghargai hidup ini sebaik mungkin. Ada orang, hidup dia hanyalah untuk dirinya. Cari ilmu, kekayaan bahkan kebahagiaan dunia akhirat hanya untuk diri sendiri.

   Segelintir manusia, ada juga yang mencari semua itu, ilmu, harta benda, bahagia untuk keluarga dan kerabat. Lalu, mereka lupa untuk membahagiakan dirinya sendiri. Letihkan diri untuk kebahagiaan orang lain.

   Namun, ada minority manusia di dunia ini mampu mengamalkan apa yang pernah dilalui oleh baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Akhirat yang dikejarnya, mengikat segala apa di dunia ini di kakinya. Berjalan terus mendidik hati, supaya hati yang dididik dapat mendidik hati lain seperti mereka yang telah terdidik hatinya.

يقول الامام ابن القيم : ليس الزهد أن تترك الدنيا من يدك وهي في قلبك ، وإنما الزهد أن تتركها من قلبك وهي في يدك
Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata: "Zuhud itu bukanlah engkau melepaskan dunia dari tanganmu, sementara ia masih ada di hatimu. Akan tetapi zuhud itu adalah engkau melepaskan dunia dari hatimu, meskipun ia ada di tanganmu". [Kitab Toriq al-Hijratain]

dengan budak lucu keghah! ^^
   Kerana itu, hati yang terdidik dengan acuan Islam sebenarnya dapat menjadikan seseorang itu malu dengan maksiat dalam dirinya dan juga sekitar. Islam itu mengubah hati yang kelam menjadi cahaya. Muslim itu adalah cahaya kepada bumi yang dipijaknya. Wahai manusia, carilah cahaya, jadilah cahaya!
   
Ali KWH umpamakan Hati seperti gelas/bekas, dan ulama' bahagikan ia kepada empat (4) :
      - Gelas kotor : penuh dengan hasad, kesumat, dengki, sombong, dendam.
      - Gelas pecah : terus-menerus melakukan maksiat (walaupun selepas melakukan kebaikan).
      - Gelas tertutup : membangkang firman Allah, sabda Rasulullah, orang soleh. Cari salah orang.
      - Gelas bersih yang bermanfaat : walau hanya sepatah zikir, mampu untuk mencipta seribu kebaikan.

   Hati ini tempat turunnya rahmat Allah dan mengandungi ilmu. Setitis hawa nafsu, mampu untuk mencemarkan lautan ilmu. Hiasilah hati seperti kita menghiasi muka, pakaian, rambut kita.

   Kalau doctor, dia akan diagnose dulu penyakit dan barulah lakukan apa yang sebaiknya. Berdasarkan pembahagian ulama’ diatas, carilah apakah jenis hati kita dan ubatilah mengikut penyakit dan ubat yang sesuai.

   Begitulah bicara seringkas-ringkasnya mengenai hati. Tentulah, ini hanya 0.00001% daripada bicara panjang lebar prihal hati. Da’ie itu perlu rajin mengenal diri, renew dan membersihkan hati sebaik mungkin.

   Tiada seorang pun dapat melihat hati kita, namun hati itu tempat jatuh pandangan Allah. Sebagaimana cerewet kita berpakaian, seluar putih dengan baju putih, tudung kuning dengan jubah kuning, maka cerewetlah dalam menjaga hati. Allah tidak melihat paras muka dan luaran kamu, tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.

   “Katakanlah : Sekiranya kamu benar mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nesacaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”- Ali Imran :31

Cintailah Allah dan Rasulullah, ikutilah ajaran baginda melalui Kitabullah dan Sunnah yang telah direcord dalam Hadith. Siapa lagi yang lebih layak mengajar kita memahami dua rujukan agung ini kalau bukan pewaris para nabi, “Ulama Pewaris Para Nabi”.

Smile ^^


Tuesday, April 29, 2014

TAKUT HATI MATI


Assalamu ‘alaikum ^^
USMB Batch 2010, pengalaman dalam kenangan ^^
Sejak aku menjalani hidup sebagai student di mesir, kerenah arab selalu menjadi hot topic bila borak. Takde disiplin, gurau+bodo, kotor, busuk, ikhtilat, mulut lepas, menipu, sambil lewa and bla bla bla..

Sedar atau tidak, sikap dan perangai nie semua ‘ada’ pada segelintir masyarakat melayu yang ada kat mesir nie. “ala, biasa la tu. Sini la tempat nak berubah, so terima la orang-orang macam nie bro!”, kata seseorang. Tanpa menafikan kata-kata dia, aku mengharap ‘kita’lah yang membantu mereka mereka nie untuk berubah. 

Sambil-sambil tu, ubah la diri sendiri ye. Nobody's perfect!

Bila kita cakap, arab takde disiplin. Janganlah kita tiru perangai arab tu, nanti kita pulak orang kata ‘cakap tak serupa bikin’. Begitulah kalau kita bercakap atau dengar tentang keburukan-keburukan daripada orang lain. Cara nie dapat tolong kita kenali diri sendiri dan jadikan diri kita sebagai sahabat yang memahami orang lain.
First thing yang aku beli di Mesir (Al-Quran n Sunnah as a strength)

Kenapa aku bawa topic nie kali ini?

Straight to da point! Kita dai’e, terima je la kalau sunnah menetapkan kita akan+akan+akan diuji. Kalau tak diuji oleh orang lain pun, kita akan diuji dengan diri sendiri. Nafsu nak makan banyak, tidur banyak, cakap banyak , buat kerja takde matlamat dan lain-lain. Sememangnya, kebanyakan masalah yang telah berlaku dan akan berlaku berpunca daripada lagha dan leka seorang individu muslim.

Serentak aku bermuhasabah dengan pembaca, aku harapkan diri sendiri dan sahabat-sahabat dapat menjadi muslim yang banyak mendengar dan pro+aktif. Natijahnya, kita menjadi seorang yang lebih memahami orang lain dan bertindak dengan al-hikmah.

Bercintalah dengan Allah SWT dengan sebenar-benar cinta. Zahirkan cinta kita dengan ikuti sunnah Rasulullah, buang sifat-sifat terkeji : mengeji, iri hati, mengumpat dan isi hati diri kita dengan sifat-sifat terpuji : bersyukur, tabayyun, berterima kasih dll.

Artikel umum ini dibuat dengan sesangat umum, supaya muhasabah berlaku untuk dua pihak iaitu as the writer me n uolls my akhi n ukhti ^^

Sunday, March 30, 2014

Terima atau Tidak Menerima


Assalamu'alaikum ^^

Antara sikap manusia adalah akan menerima atau menolak sesuatu perkara, hujah, objek dan sebagainya. Hal ini kerana akal yang ada digunakan untuk memilih. Pilihan hanya ada dua, samada menerima atau menolak.

Apakah ada pilihan lain selain menerima dan menolak? Jawapannya ialah TIADA. Sekiranya kita tiada jawapan antara dua itu, maka kita masih dalam kategori ‘memilih’. Memilih itu adalah sesuatu yang baik, tapi jangan sampai kita cerewet dan terlalu membebankan diri sendiri.

Dalam membuat pemilihan, ‘akal yang sihat’ akan mengikut acuan dan panduan Islam. Berbeza dengan mereka yang hanya menggunakan ‘akal’ semata-mata, mereka akan mengikut panduan sendiri atau menceduk daripada mana-mana pandangan.

Jernihnya sebuah keputusan itu dapat kita lihat, apabila iman kita meningkat dan amal kita berkat. Berkat dengan makna kita mendapat kebaikan dari hasil sebuah amalan. So, pilihlah keputusan yang baik iaitu mengikut panduan Islam. Antara dua, samada Terima atau Tidak Terima.

teruskan pejuangan kalian bro ^^

Senyum Sokmo ^^